Saturday, October 30, 2010

saya dan pandangan berbeza

semua orang mempunyai pandangan berbeza,
adakah itu sesuai yg pelik?
bagi ku xpelik pon.

pandangan kita berbeza kerana,
dari pembacaan kita,
dari pengalaman kita,
dari pemantauan kita
etc.

semua ada pengalaman, liku-liku hidup berbeza,
bahan bacaan berbeza, knape semua nak sama?

aku lebih suka taman yang ada 1001 bunga dari 1 jenis,
kerana setiap kuntuman berbeza dan unique..

Sunday, October 3, 2010

manusia

petang yg dingin,
sedingin jiwaku,
namun tak adil bagiku berperasaan sebegini,
mulakan langkah,
terus kedepan.

datangku bukan tak di ajak,
namun layanan yg ku terima sebaliknya,
tabahkan hati, tebalkan muka,
bersalaman, memberi senyuman ikhlas,
namun, plastik, tahi yg aku terima,
pasrah, tempat dia, bukan aku.

eh,
kawan,
aku menegur,
erk, hai (sinis)
ohw, terus ke meja makan,
xpelah, siapalah aku,
tetamu yg diundang dasar terpaksa.

mari bergambar!,
ush, kawannya menegur,
pasrah, senyap aja,
kenapa?takut orang tahu aku berkawan dgn mereka?
senyuman pembohongan terukir halus,
click-click, senyum......
plastik.

kawan,
bagaimana jiwa nak aman,
kalau asik cantas-mencantas
orang berjaya akibat usaha,
bukan berjaya akibat kipasan,
dulu kau orang yang paling membenci beliau,
namun kini kau bff dgn dia?
kau ludah dan kau jilat kembali?
dah tak ada harga diri?
mengata orang ego dan plastik?
namun apa pula nama kau?
malaikat?
lebih teruk dari iblis.

tak perlu hidup belagak,
harta engkau bukan milikmu, tapi keluargamu,
jangan menghina orang,
memandang rendah kepada yg lain,
mencaci, menghina dan menfitnah,
aku berjaya atas usaha dan kerja keras,
bukannya berbekalkan air liur semata2,
nemang betul kau berkawan dgn orang yg hebat2,
namun xsemestinya kau hebat,
seperti langit dan bumi,

tak guna pointer melangit,
kalau hanya di kertas, tak dihati,
ohw, dia hebat, pointer pon tinggi,
tinggalkan dia, dia bodoh,
jom berkawan dgn si pandai,
biar dia buat kerja, kita goyang kaki saja,
eh, dah siap?
baru nak bantu...
sign

hanya satu pintaku,
ubahlah sikapmu kawan,
sebelum iya memakan diri,
sebelum topeng sucimu retak satu persatu,
sebelum nyawa dan maruah masih dipegang,
sebelum nasi, menjadi bubur.


Thursday, July 22, 2010

kawan

ape maksud kawan kepada anda, seseorang yg sama kampung dengan anda, kawan sekampus, kawan semamak, ataupon kawan satu pengajian dengan anda. sekarang nie nak cari kawan senang jer, xpayah keluar rumah pon dah boleh dapat, duduk depan komputer, tak-tuk-tok dah dapat kawan, dari facebooklah, myspacelah bloglah, mane2 laman sosial anda boleh cari, daftar jer, dah dapat beribu-ribu2.kenal ke x itu belakang citer, name pon laman sosial, so bolehlah cari kenalan.

teringat zaman kanak-kanak, nak buat kawan senang jer, p taman permainan, entah sape datang dekat bawak bola then ajak main, dah jadi kawan. apabila tiada persaingan, ego, warna kulit, status keluarga dan agama. namun apabila zaman hitam putih berlalu, muncul zaman colour. zaman di mana kita tahu rupa dan perangai seseorang, yelah depan baik, belakang?syaitan pon takut..

namun pencarian harus di teruskan, dalam mencari sahabat, macam-macam boleh jadi. mungkin dari sahabat, akan jadi kekasih, dan melangkah ke alam perkahwinan. kalau jodoh tak kemane, kadang-kadang jodoh kita dah ada depan mata, namun kita sendiri terlalu ego untuk mengiyakannya, ataupun selama ini kita mencari seseorang yg sempurna, sampai lupa cermin diri sendiri, adakan diri ini berhak mendapat emas, walaupon sebenarnya diri berstatus gangsa.



Monday, June 28, 2010

erk?

assalamualaikum semua!!! giler lame x update blog nie..
bulan nie dah 5 org kawan sye kahwin...
semua semoga berbahagia & kekal ke anak cucu...

soalan2 rasmi & wajib yg akan di tanya apabila datang ke rumah kenduri:

1.la kau!!! dah mane x nampak?sihat?semakan berisa!!(soalan yg kadang kala menbuatkan kita hilang selera makan dan terus bersenam &diet..
2.study kat mane?(agaknya muka student.. x boleh nak cakap apa...)
3.bila nak kahwin??(soalan nie paling laris dan wajib di tanya oleh mak cik-mak cik merangkap ibu pengantin..)
4.awek ape kabar?ke xde awek lg... mane si @#$(ex)?(soalan nie agak payah, jawapannya? no komen...)

banyak lg sebenarnya soalan2 panas yg akan ditanya pada kita apabila kita datang ke rumah orang kahwin..

ada juga kawan kita yg mengendong2 anak2 mereka, bermuka ceria(dah kahwin kan...) rase nak berbual panjang dan bergelak sakan, tapi suami atau isteri di sisi, hanya bertanya kabar.. takut lebih2 nanti di herdik pasangannya....

di kenduri itu juga kita mengimbas kembali kenangan lama, lucu & sedih. rindu di zaman persekolahan, melihat kawan2 kita yg dah dewasa, berubah menjadi lebih baik, dulu kat sekolah xnak jahat kini, baik saja, almaklumlah dah kahwin.

saya kahwin?ahahaha lambat lg... study pon x habis, duit ptptn pon x habis bayar... so agak lambat.kalau ada jadoh x kemana kan!huhuhu

Friday, June 11, 2010

love

cinta, nemang susah nak di gambarkan, ataupun di ungkap dgn kata-kata. Minggu ini penulis ingin berbicara tentang cinta. Kisah ini adalah benar, berlaku pada kawan penulis sendiri. Penulis menceritakan kisah ini dari pandangan penulis dan kawan penulis.

pertemuan

Pertemuan kita tidak dirancang, pertama kali bertemu kau memandangku dgn penuh perasaan, namun aku masih hijau dalam bercinta, hanya mampu melemparkan senyuman apabila kau menyapaku. Kau berani, memulakan langkah dahulu, sedangkan aku tertunduk malu.Masih tersimpan kertas yg kau berikan padaku, tercatit nombormu, dan dari saat itu hatiku berani berkata, dan berani mengungkapkan kata sayang dan cinta.

tarikan

Aku tak tahu apa yang membuatkan diriku tertarik padamu, wajahmu, atau sebaliknya. Namun jauh di sudut hatiku berkata, kau sempurna dimataku, tak hirau apa kata orang aku tetap meneruskan permainan yg dinamakan cinta walaupun aku tak tahu sejauh mana iya akan membawaku.

kata orang

Aku pernah meragui cintaku padamu, disebabkan kata kawan-kawan, kadang-kala aku keliru dengan kata-kata orang sekeliling, ada yg menyokong, ada juga yg membantah. Namun, aku ini bukanlah sebaik mana, mungkin ini adalah sebaik yg aku dapat atau mungkin ini cinta terakhirku, biarlah apa kata orang, aku tahu siapa diriku dan siapa dirimu, aku menghormati kata kawan-kawanku, namun keputusanku tetap sama, aku cinta padamu.

cinta kita cinta sempurna

Tak pernah sesekali aku meragui cinta yg ku berikan padamu, tak pernah sesekali aku menyesal dengan tindakan aku mencintaimu sepenuh hati, segala suka duka kita harungi, kita bina cinta kita atas dasar saling menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain. Aku tahu hatimu bukan seluruhnya milikku, ada orang ketiga dalam cinta kita, namun aku tetap menunggu, setia menjadi pelita buat dirimu, sedia berkorban masa, wang dan masa depan untukmu, akan ku pimpin dirimu kejalan yang benar, dan tak akan membiarkan dirimu kembali ke jalan yang gelap.

dulu, kini, dan selamanya

Aku masih berpegang kepada janjiku, mencintaimu tanpa sebarang syarat, mencintaimu sampai akhir nanti, aku akan berada disisimu di saat kau susah dan senang, aku meletakan diriku di tangga kedua selepas dirimu, akau korbankan maruahku, cita-citaku, keluargaku, kawan-kawanku dan masa depanku demi bersama dirimu. Aku tahu ajal, maut dan jodoh bukan ditentukan oleh kita, namun aku akan berusaha untuk menjadikan dirimu permaisuriku yg sah di sisi agama dan masyarakat. Aku tahu impian ini mungkin mengambil masa yg lama, namun bersabarlah, cintaku takkan pudar, cintaku akan terus mekar, dari pertama kali aku mengungkapkan perasaan cintaku padamu dan sampai ajal memisahkan kita.

Penulis mengenali kawan penulis ini sejak penulis belajar diploma di Lendu, Melaka. Beliau merupakan kawan lelaki yg penulis agak rapat dan antara kawan paling rapat di Lendu. Kisah mereka sudah lama penulis hidu walaupun beliau merahsiakannya, namun senang je kesan, ahaha.... Namun perbualan kemarin membuatkan penulis tersentuh, beliau sanggup meninggalkan keluarga, kerjaya demi cintanya, walaupun berbuih penulis nasihat, namun hatinya tetap dgn pendiriannya. Penulis hanya mampu berdoa dan menolong sedaya yang boleh, soal cinta bukan soal main-main, penulis hormati kehendak dan keputusan yang di ambil oleh beliau.

Penulis berasa bertuah kerana mempunyai kawan yg setia dalam bercinta, lelaki pulak kan!tindakan beliau mungkin melulu, namun, kisahnya memberi inspirasi kepada penulis, kejar sesuatu sehingga berjaya, jangan biarkan iya terlepas takut akan menjadi mimpi ngeri dan perasaan bersalah akan menyelubungi kita sampai akhir nanti.

Thursday, June 3, 2010

KONVO

assalamualaikum semue! mak ai!dah bergenerasi x mengupload blog nie!ahahah jangan marah semua, demam berpanjangan. xtau kenape cuti jer demam. pelik.


bersama family(abg tertinggal, xnak ikot).


kekawan

kekawan

thanks bt lectr, family, kawan2 semue atas sokongan dan dorongan! byk lg pic, internet slow, ahaha. btw, stay tune untk entry

"MIMPI"



Friday, May 7, 2010

selesai

alhamdulillah, akhirnya sempurna(mcm lagu lak?)

akhirnya selesai semua keje.
bermatian- matian nak menyiapkannya,
susah senang Tuhan saja tau,
hari nie dah habis exam!
saya janji akan update selalu!