Friday, June 11, 2010

love

cinta, nemang susah nak di gambarkan, ataupun di ungkap dgn kata-kata. Minggu ini penulis ingin berbicara tentang cinta. Kisah ini adalah benar, berlaku pada kawan penulis sendiri. Penulis menceritakan kisah ini dari pandangan penulis dan kawan penulis.

pertemuan

Pertemuan kita tidak dirancang, pertama kali bertemu kau memandangku dgn penuh perasaan, namun aku masih hijau dalam bercinta, hanya mampu melemparkan senyuman apabila kau menyapaku. Kau berani, memulakan langkah dahulu, sedangkan aku tertunduk malu.Masih tersimpan kertas yg kau berikan padaku, tercatit nombormu, dan dari saat itu hatiku berani berkata, dan berani mengungkapkan kata sayang dan cinta.

tarikan

Aku tak tahu apa yang membuatkan diriku tertarik padamu, wajahmu, atau sebaliknya. Namun jauh di sudut hatiku berkata, kau sempurna dimataku, tak hirau apa kata orang aku tetap meneruskan permainan yg dinamakan cinta walaupun aku tak tahu sejauh mana iya akan membawaku.

kata orang

Aku pernah meragui cintaku padamu, disebabkan kata kawan-kawan, kadang-kala aku keliru dengan kata-kata orang sekeliling, ada yg menyokong, ada juga yg membantah. Namun, aku ini bukanlah sebaik mana, mungkin ini adalah sebaik yg aku dapat atau mungkin ini cinta terakhirku, biarlah apa kata orang, aku tahu siapa diriku dan siapa dirimu, aku menghormati kata kawan-kawanku, namun keputusanku tetap sama, aku cinta padamu.

cinta kita cinta sempurna

Tak pernah sesekali aku meragui cinta yg ku berikan padamu, tak pernah sesekali aku menyesal dengan tindakan aku mencintaimu sepenuh hati, segala suka duka kita harungi, kita bina cinta kita atas dasar saling menghormati dan saling mempercayai antara satu sama lain. Aku tahu hatimu bukan seluruhnya milikku, ada orang ketiga dalam cinta kita, namun aku tetap menunggu, setia menjadi pelita buat dirimu, sedia berkorban masa, wang dan masa depan untukmu, akan ku pimpin dirimu kejalan yang benar, dan tak akan membiarkan dirimu kembali ke jalan yang gelap.

dulu, kini, dan selamanya

Aku masih berpegang kepada janjiku, mencintaimu tanpa sebarang syarat, mencintaimu sampai akhir nanti, aku akan berada disisimu di saat kau susah dan senang, aku meletakan diriku di tangga kedua selepas dirimu, akau korbankan maruahku, cita-citaku, keluargaku, kawan-kawanku dan masa depanku demi bersama dirimu. Aku tahu ajal, maut dan jodoh bukan ditentukan oleh kita, namun aku akan berusaha untuk menjadikan dirimu permaisuriku yg sah di sisi agama dan masyarakat. Aku tahu impian ini mungkin mengambil masa yg lama, namun bersabarlah, cintaku takkan pudar, cintaku akan terus mekar, dari pertama kali aku mengungkapkan perasaan cintaku padamu dan sampai ajal memisahkan kita.

Penulis mengenali kawan penulis ini sejak penulis belajar diploma di Lendu, Melaka. Beliau merupakan kawan lelaki yg penulis agak rapat dan antara kawan paling rapat di Lendu. Kisah mereka sudah lama penulis hidu walaupun beliau merahsiakannya, namun senang je kesan, ahaha.... Namun perbualan kemarin membuatkan penulis tersentuh, beliau sanggup meninggalkan keluarga, kerjaya demi cintanya, walaupun berbuih penulis nasihat, namun hatinya tetap dgn pendiriannya. Penulis hanya mampu berdoa dan menolong sedaya yang boleh, soal cinta bukan soal main-main, penulis hormati kehendak dan keputusan yang di ambil oleh beliau.

Penulis berasa bertuah kerana mempunyai kawan yg setia dalam bercinta, lelaki pulak kan!tindakan beliau mungkin melulu, namun, kisahnya memberi inspirasi kepada penulis, kejar sesuatu sehingga berjaya, jangan biarkan iya terlepas takut akan menjadi mimpi ngeri dan perasaan bersalah akan menyelubungi kita sampai akhir nanti.

8 comments:

hans said...

wah
cinta agung ibarat shah jahan dan muntaz
siapakah?

izzad b* said...

kawan....

Sya Syazana said...

semoga persahabatan tu kekal~~

Frodo Baggins said...

yaaaaaaaaaa
ini sungguh bmakna
tglkan kerjaya n keluarga dmi cinta ...
agungnya cinta beliau
tp harap beliau masih rasional. :)


cinta sesetia ini ~ rare.


>>___<<

Miq- bukan anak kacukan biasa said...

hye,
miq datang.
ngee.
soal cinta ni miq segan sikit.
mungkin pengorbanan cinta yg kawan izzad buat.

BalqisShafiqa said...

salam ziarah.
kisah yg sedih diakhirnya.
kawan awak nekad betul ye!

Azuan said...

bapak susah nak cari laki camnie huhuu

izzad b* said...

ahahah.