Sunday, January 31, 2010

alpa

kita selalu mengimpikan kehidupan yg lebih baik, kaya-raya dan sebagainya. Namun disebalik persolan ini, adakah kita setaraf ataupun layakkah kita mengimpikan sesuatu seperti kita impikan?

situasi 01

Seorang pemuda mengimpikan seorang wanita yg baik, sopan ataupun kaya(kebanyakan kaya) muncul dalam hidupnya. Walaupun realitinya dia seorang pemuda yg hanya tahu duduk terkangkang dan menunggu dgn selesanya di rumah ataau ditangga, menunggu pasangan hidupnya muncul, adakah dia akan menemui pasangan hidupnya?pikirlah sendiri....

situasi 02

Pemilik kedai A yg begitu cemburu dgn kedai B yg lagi laris dari kedainya, sanggup menabur fitnah mengata pemilik kedai B memakai tangkal atau pelaris, ataupun memasukan seluar dalam perawan dalam kuali masakannya. Walhal realitinya kedai B mempunyai pilihan makanan yg jauh lebih sedap, murah dan layanan first class. Salah sapakan ini? kenapa xsalahkan diri sendiri kerana xbelajar memasak, improve communication skill and so on?

situasi 03

Seorang wanita yg mengimpikan seorang pemuda yg setia muncul dalam hidupnya, walhal dia sendiri seorang mata keranjang, xsetia dgn pasangannya, memandang kekayaan dan kesenangan malah menyalahkan pasangannya akibat penceraian atau putusnya cinta mereka. Kenapa xmunasabah diri atau sedar diri dgn diri sendiri?

Kadang2 kita alpa dgn diri sendiri, selalu menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri. Selalu marah apabila orang mengata pasal kita sedangkan kita hobinya mengata orang, meghina kekurangan orang lain sedangkan diri sendiri terkontang-kanting, berharap mendapat gred yg baik padahal asyik melayan facebook, mengharap kekayaan datang bergolek sedangkan duduk terkangkang di rumah....

tepuk dada tanya selera...

Thursday, January 28, 2010

tersentuh

p/s:giler geli aku bace tajuk nie!hahaha

aku xtaulah manusia
pantang tgk orang senang,
semua nak tangkas,
tangkas sebab takut die tenggelam,
ape kes?
kene ke tangkas menangkas sesama sendiri?
xboleh nak tgk orang berjaya?
kenape kite xleh berjaya sesama?
kan bagus?
kat luar bersepah lebih hebat!
mungkin ko lupe diri,
jgn ingat ko sekarang berjaya esok lusa berjaya!
hidup seperti roda,
lambat laun kat bawah gak.
renung2kan......................

Thursday, January 21, 2010

cinta

kata orang cinta xboleh dipaksa, cinta xboleh di tolak ke tepi.
cinta seperti bayang2, ia lari kalau di kejar, ia mengejar kalau kita lari.

apa yg di maksudkan dgn cinta sempurna?

cinta yg memberi kecerian?
cinta yg memberi kegembiraan?
cinta yg di sulami dgn ke ikhlasan?

aku pernah menolak cinta,
kerana takut belum bersedia,
takut ada hati akan terluka..

namun, jauh di lubuk hati,
rasa ingin di cintai dan mencinta.
mungkin belum sampai masanya,
takut aku akan mengulangi kesilapan yg lepas,
melepaskan perasaan yg di gelar cinta.


Sunday, January 17, 2010

pancit dan kawan

Kisah nie terjadi pada malam sabtu hari 2..

cerita bermula semasa aku n yusni pergi ke seri menanti, bandar di raja n.sembilan kerana ada program disana. Sampai2, dah habis, putus harapan... Lepak kedai makan namun di halau kerana nak tutup... ape da!mamak pon bukak 24hours kot!

Dalam perjalanan ke K.Pilah..

tutuutup(lebih kurang lah bunyiknyer...)
yus: apahal lak nie?
aku: terlanggar kucing ker?
yus:jap aku tgk..

tayar motor aku bocor rupanya..

adess... terpaksalah aku n yusni menolak..

sampai kat 7eleven terjumpe mamat nie. Mamat nie kawan lame aku, lame gak ar x jumpe, wan namenyer.. senior setahun, die nie dlu selalu jer aku tangkap coz ponteng, tapi aku x kasi name kat cikgu pon, malas aku, lgpon die nie ok, baik but malas jer..

Nemang betol kate org, kalau kte tolong orang, nanti orang 2 akan tolong kita balik, KARMA namanya. Satu lg, aku x suke orang mengutok orang yg kelas ujung2, xlah bermaksud aku nie kelas ujung, but kebanyakkan kawan2 aku dari class sana walaupon aku class sains tulen(walaupon result xberape cantik!adess) walaupon diorang xberape bagus dalam pelajaran, namun diorang sangat bagus dalam sport, n teknikal. Aku berterima kasih kat diorang, call semua datang, terharu aku! Moga kamu semua suksess dgn hidup!Menjadi lebih baik dan lebih kaya dari orng yg pernah kutuk2 korang dlu!Amin!!! love n peace

Thursday, January 14, 2010

berubah menjadi lebih baik

Hidup sekarang lebih mencabar dan menguji keimanan, kesabaran dan semangat. Nemang susah nak memeulakan babak baru dalam hidup, namaun hidup harus di jalani, walaupon susah n berliku. Bertemu dgn orang baru, ilmu baru dan tempat baru. Namun, pada penghujung hari, itulah pengalaman..
Rindu kawan2 lama, erindui kota melaka, kalan2 dan shopping barangan vintage di Jonker Walk, makan laksa dan cendol di One Conner, bbq di pantai Tanjung Puteri, mandi air panas di Gadik, Xlupa menonton Tentangan Dendam dan Murid Tok Ayah bersama housemate, makan masakan Jumud terutama ayam masak merah berhantunya,ha2 mungkin satu hari nanti aku akan melawat diorang.peace

Sunday, January 10, 2010

1malaysia

Assalamualaikum kepada semua..
Baru2 nie negara dikejutkan dgn isu penggunaan kalaimah Allah dalam majalah Herald-The Cathotic Weekly. Isu nie telah membangkitkan kemarahan segetintir penduduk Malaysia, namun ada juga menyokong dan ada juga mengambil jalan selamat iaiti mendiamkan diri.
Penulis bukanlah seorang yg berpengalaman dan mempunyai ilmu yg tinggi dalam ilmu politik, tetapi pada pendapat penulis, isu ini isu sensitif, bukan semua golongan dapat menerima atau mentafsir dgn profesional, kerana kebanyakan manusia hanya berfikir secara singkat, emosi dan ada juga bertindak apabila semua orang nak bertindak, senang kata, lalang.
Namun perkara ini harus diselesaikan secara aman dan profesional, jadikan perkara ini sebagai iktibar dimasa hadapan, iktibar apabila ada pihak cuba mencetuskan nafsu amarah dan mempersoalkan perlembagaan Malaysia. Mana semangat 1Malaysia? Adakah hanya dimulut namun tak dihati?
p/s: Taniah kepada aizat kerana menjuarai AJL ke-24. Pemdekatan yg dibawa mencerminkan jiwa 1malaysia

Monday, January 4, 2010

letih!

Hari pertama di uitm!penat!!
berkejar ke sana-sini
sesat menaiki bus
xtau mane bangunannya
sakit!!!
tapi best!pelikkan?

Sunday, January 3, 2010

woi aku kat shah alam!!!

shah alam ohw shah alam...
hari pertama daftar sibuk giler!
berkejar sane sini!
last2 dapat asrama,
jimat 1 sems!