Tuesday, February 7, 2012

Kosong


semua kenangan di sisip rapi,
segala dosa sudah di maafi,
namun, masih ada yang tak cukup,
tapi tak tahu punca,
jiwa berkecamuk, hati bergelora,
namun tak nampak jasadnya,
masih samar,
aku masih,
kosong.

Thursday, February 2, 2012

dulu dan kini


Dulu,

takut untuk melangkah,
tak tahu apa mendatang,
tak tahu hala tuju,
hanya berbekalkan semangat,
inspirasi dan keinginan,
untuk keluarga dan diri sendiri.

Kini,

setelah semua di tempuhi,
perit getir suka gembira,
walaupon tak tahu hala tuju,
tetap menikmati setiap saat mendatang,
kerana ia tak mungkin kembali bertandang,
namun kekal di hati dan jiwa,
menjadi kenangan, menjadi pengajaran,
untuk masa mendatang.



Thursday, January 26, 2012

masih disini

sekian lama dilambung badai,
beribu ancaman mendatang,
beribu dugaan dirempuhi,
alhamdulillah,
masih disini.

ramai yang ingin mengotori,
ramai yang bermuka-muka,
walaupun sering di keji
walaupun sering di rendahkan,
namun masih menjadi diri sendiri,
masih disini.

aku tak pernah lupa diri,
tak pernah melupakan apa yang terjadi,
tak pernah berdendam dengan mereka,
kerna ku tau,
aku lebih baik dari mereka,
biarkan mereka dengan dunia mereka,
aku dengan dunia aku.

alhamdulillah, 2 tahun terasa bagaikan semalam.
sudah habis degree di Shah Alam,
lepas ini berkerjaya,
insyallah, amin.

Saturday, November 19, 2011

its hans!


Jom tolong sahabat kita nie kejap

si Hans ni ha..nak mintak tolong kawan-kawan dia

senang je nak tolong dia just
klik je kat link di bawah :



Pastu korang buat la seperti yang dipohon kat bawah ni :

1) LIKE ENTRY ini di BLOG Hans

2) KOMEN Entry tersebut di ruangan komen blog

3) RETWEET Entry tersebut

4) KLIK SHARE Button Google +

5) Kongsi entry tersebut di facebook dan google + anda

Selamat Berjaya diucapkan kepada Hans


p/s: comel xposter saye buat.

Thursday, November 3, 2011

mencari serpihan yang hilang




apabila bebicara tentang cinta semua ada kisah hidup yang tersendiri. di tinggalkan untuk wanita lain ker (ke jantan?okbai), keluarga tak restu ke, macam-macam.

tapi kita tak pernah serik mencari serpihan yang hilang, kerana kita tahu, ada pasangan kita kat luar sana, cuma masa sahaja tak pasti bila.doa sahaja kepada yang Esa, nescaya di makbulkan.amin

Bagi yang dah ada tue TOK SAH lah mengedik nak cari yang lain, "ala i nak test market i jerw, i kan hot, mane tau dapat ikan-ikan besar"(*muntah) kata si gadis. "ala aku kan kacak, kalau muke macam awek aku sekarang nie petik jari jer, 10 yang datang" (*muntah lagi) kata si jejaka.

Hubungan nie janganlah di rosakkan kerana orang ketiga ataupun dengan kebodohan diri sendiri. Kerana saya percaya kepada karma, kalau sekarang kau permainan jiwa pasangan kau, nescaya ada orang yang akan mempermainkan jiwa kalian semua.

Penulis tak menyalahkan orang yang mengejar harta, muka, darjat dah pangkat dalam bercinta.tetapi itu cuma duniawi, akhirat? Penulis lebih suka mencari yang biasa-biasa, berpendidikan, sopan tutur badan dan kata yang penting saling hormat menghormati sesama pasangan dan orang lain. Penulis nak seseorang yang menemani penulis di kala tua, berjalan tergedek2 bersama, ke masjid bersama, dah hidup dengan kadar sederhana tetapi gembira.

Anda pula macam mana?





Saturday, October 15, 2011

15.10.2011



selamat hari jadi izzad baharuddin
semoga panjang umur dan murah rezeki,


itu mak dan ayah aku cakap tadi.
thanks



Wednesday, October 12, 2011

just saying





renung-renungkan