Sunday, December 27, 2009

keyakinan

p/s:keje masa part04




p/s:xde ape nak tulis just nak cakap be confident with yourself!

Saturday, December 19, 2009

bengang

aku bosan dgn line maxis.
membuat call dan mgs ku x dapat2,
aku letih dgn line tmnet,
lembab mengalahkan sibut sedut,
aku fed-up tgn line uitm
kelas pertama server hampeh
aku letih dgn portal ptptn
masuk2 xdpat2..

bengang versi izzadbaharuddin.hahaha

p/s: selamat menyambut maal hijrah dan taniah kepada pasukan bola sepak Malaysia.Di harap tahun baru ini memberi sinar keinsafan dan keimanan kepada semua dan berharap imbuhan yang diura2kan kepada team Malaysia menjadi kenyataan dan bukannya omong2 kosong. Go Malaysia go!

maal hijrah

Sebelum meneruskan penulisan masih bersempatan penulis ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada pembaca sekalian. Sambutan maal hijrah dari tahun ke tahun semakin xmeriah. Dulunya perarakan sambil memuji2 ke -EsaanNya, namun pada hari ini?......... hambar.

Pemandangan di masjid2 semakin kelabu, hanya sekerat dua memenuhkan saff sembahyang, di samping kanak2 keriangan berlarian semasa imam menyampaikan syarahan. Nemang sejuk mata memandang, kalau budak2 pergi ke masjid atau surau, berpakaian lengkap bersongkok bertudung namun apabila berlarian berkejaran semasa imam menyampaikan syarahan, rasa macam nak ikat di tiang2 masjid, aman sikit, imam pon senyum!

Di saat imam tersedar2 menyampaikan syarahan, atuk2 sibuk menyuruh cucu duduk "aiman, duduk!" sambil mengurut2 kaki nan kebas, tak tahan duduk lama katanya. Cucunya bebas berlari dan berketawa, disamping abang2nya sibuk berlumba2 di jalanan dan kaka2nya sibuk menonton drama tv membelek2 majalah hiburan sambil mulut mengunyah2 keropok potato. Mana ibu dan bapanya? ohw, sibuk mencari rezeki, untuk anak2 katanya. "dah lamo x ketemu ayahnya aiman 2, sibuk benokah?" kata mak puteh kepada senah. "entahlah teh, sibuk agaknya.. dgn nada kesal dan menghitung hari beras di rumah dekat nak habis, namun xsekali pon anaknya bertanya. Matanya agak berair, mengenang nasib... namun masih utuh mengukir senyuman.

tepuk dada tanya selera..

p/s:teringgin nak dgr lagu aisyah, kepulangan.

Wednesday, December 16, 2009

persoalan

Assalamualaikum kepada semua...

Pernahkah anda di ajukan soalan ini..

watak A: Eh mcm mana result? ok x?
watak B: Oklah, dapat 3.5.ko?
watak A: wah ko DL? mcm x percaya jer? Ala 3.5 jer, cukup makan je kan, sems depan turun la 2..
watak B: Emm.. ko dapat berape? 4.0 ke?(dgn nada marah suam)
watak A: Xlah, 3.0 jer. Beselah part 01 kan.
watak B: (tak terkata buat 10 saat, dlm hati, aku pon part 01!)
watak A: Ala ko bdk grapic kan senang jer...
watak B: (Hello?? ko kan fine art? bukan asas same je ker?)(dan watak A kantoi BEL n DRAWING)

Situasi penulis semasa penulis part 01. Bukanlah nak riak nak mengatakan penulis DL masa part 01, pada masa 2 penulis x berape kisah sgt tentang gred, yg penting lulus! But, bila di ajukan soalan nie agak marah gak lah penulis. Manusia...

watak A: Eh izzad, kamu dpt berape?
watak B: ok jer lah, alhamdulillah..
watak A: kamu DL ke?
watak C: wei izzad DL la!
watak D: Really?tipulah!
watak B: Terdiam n terpaku..

Situasi penulis semasa part 04. Peristiwa nie paling meninggalkan kesan kepada penulis. Berminggu senyap, tanya sepatah, jawab sepatah. Penulis agak marah dah kecewa dgn rakan2 penulis sendiri, penulis sendiri bukanlah seorng yg nak hebohkan seluruh dunia yg penulis dapat DL, but bersepah lg student yg dapat DL. Tapi pelik, time result diorg jatuh, senyap jer, ain't karma a bitch? i know u are...

begini..

Penulis percaya banyak sebab seorang student 2 blh mendapat DL, mungkin worknya cantik, unique dan tersendiri, ada kalanya kekemasannya, kerajinannya, dan mungkin mengapu kipas tahap kelajuan 5,(kipas kedai makan 2, siap dgn renjisan air gitu!) menyembur n menyanyi lagu2 cinta nan dusta, tikam sini, tikam sana, manusia, sape tahu kan? Penulis dah saksikan pelbagai karenah manusia, sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yg di impikan, cara baik atau buruk, Kadang-kala penulis agak takut dgn manusia jenis ini, manusia jenis apakah ini? Tepuk dada, tanya selera....

Pada pendapat penulis, DL seseorang 2 x bawa kemana jika tak digunakan seeloknya, xbermakna student x DL student yg bodoh, xberguna dan sentiasa ketinggalan. Semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri, gunakannya dgn baik dan sentiasa menolong ornag dengan ikhlas, tanpa meminta balasan dan sentias a berdoa kepadaNya.Kelebihan kita membolehkan kita terus maju, namun ia juga boleh beralih arah dan membawa kita ke satu situasi yg diluar jangkaan kita. Renung2kan....

Thursday, December 10, 2009

kawan

Kawan sejati...

Pernahkan anda mempunyai kawan sejati dalam hidup?
Kawan yg tak pernah lupakan kita taktakala semua menjauhkan diri daripada kita?
Kawan yg datang menolong dengan ikhlas tahtakala kita diambang kesusahan?
Kawan yg menerima kita seadanya sedangkan orang lain sibuk menghakimi kita?
Kawan yg sentiasa mendoakan kita sedangkan yg lain asyik menjatuhkan kita?

Tepuk dada tanya selera..

Hati penulis terdetik ingin menulis tentang perkara ini. Sepanjang hidup penulis ramai juga yg suka menghakimi personality dan perwatakan penulis. Penulis sedar, penulis xlah perfect, mana ada orang perfect kat dunia nie. Semua manusia biasa, ada kelebihan dan kekurangan dlm diri. Penulis ingin gariskan disini, DUNIA INI BULAT, XPAYAHLAH NAK BERLAGAK ANDA BAGAIKAN SESEORANG YG PERFECT. Penulis percaya kepada ketentuan Illahi, ada seorang kawan berbisik kepada penulis, ujian yg diturunkan oleh Tuhan bukanlah bermaksud Tuhan tak sayang kepada hambanya, ia diturunkan kerana ingin menguji kemampuan hambanya menerima dugaan yg menimpa, ingin menguji adakan hambanya akan bertambah takwa kepadaNya, ataupun hanyut dikancah dosa dan kegelapan. Ada juga yg menyatakan bahawa ia sebenarnya adalah peringatan kepada kita, peringatan bahawa kita semakin leka dan alpa dan asyik dalam kancah kelekaan. Apapun sebabnya, Allah Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

begini...

post penulis kali ini bukanlah nak mengenakan ataupun memboikot sesiapa, hanyalah untuh memberi secebis nasihat kepada diri penulis dan kepada sesiapa yg sudi membaca. Diharap agar penulisan pada kali ini memberi keinsafan kepada kita dan memberi cahaya kepada hati kita supaya menjadi seseorang yg lebih ikhlas berkawan, dan menerima seadanya diri kita walaupun ia bukan seperti yg kita inginkan, belajar dari kesilapan, dan bangkit dari kesilapan itu. Hargai orang sekeliling kita, perhatikan sapa lawan dan sapa lawan, kerana ia boleh menyelamatkan kita di lain hari.

Saturday, December 5, 2009

aku, mak guard dan 3 tahun

Assalamualaikum kepada semua.....

3thn berlalu, 3thn berduka, 3thn gembira, 3thn tersiksa, 3thn kegirangan....

Tak terucap penulis apabila melangkah masuk ke UiTM Melaka dan perasaan yg sama telah menyelubungi penulis apabila penulis melangkahkan kaki terakhir sebagai pelajar UiTM Melaka. Begitu banyak kenangan pahit dan manis penulis lalui semasa penulis tinggal di sana. Kenangan yg mendewasakan penulis taktakala penulis tercari2 identity dan kemampuan diri yg sebenarnya.

Penulis sendiri sampai sekarang masih tak percaya penulis telah di kategorikan sebagai pelajar universiti. Bodoh ataupun masih bermimpi? Ini persoalan yg penulis selalu pikirkan dan sampai dah grad pon masih tidak mampu dan xpercaya penulis telah dilabelkan pelajar lepasan diploma. Aneh..

Tapi kini penulis sudahpon menyedarinya. Berpijak di bumi nyata, donggakkan kepala pandang ke hadapan, dan jangan lupa sekali-sekala pandang ke belakang, kerana ia mampu membuatkan diri kita mengenali diri kita dan sedar akan kebolehan sebenar diri dan memandang tinggi orang sekeliling...

3thn.. Antara peristiwa tg xdpt dilupakan..

Aku dan mak guard

Peristiwa nie agak kelakar kalau nak di ikutkan. Berlaku masa penulis di part 02 dan dalam class drawing.

Totek: bang jef! kete bang jef kene saman 2!

Bang jef: mane2!(sambil berlari menuju ke tingkap) le tipu aje, ingatkan betul!

Kami:tergelak bagai nak mati walaupon mase 2 strees nak siapkan 15 keping drawing dgn pelbagai saiz.

Tiba-tiba...

Dua orang mak guard datang ke dalam class penulis.

Mak guard tembab:kamu berdua, yg pakai baju belang2 tue, sini kejap!

Penulis bersama rahman pon dengan muka selamba dan xbersalah pergilah... dgn tiba2 dan mengejut.

Mak guard erra fazira(peh org cakap lah, bagai langit dgn bumi tau!): Kamu nie, dengan suka hati je ckp kami nie gila!xde rase hormat langsung!

Penulis dan rahman tercegang.

Penulis: Eh pn,(dgn nada sopan dan terkejut) pn ckp nie ade bukti ker, jgn main ckp je pn.

Mak guard erra fazira: Saye tgk dri kamu dari side mirror kereta tadi.

Penulis dlam hati rase nak gelak jer, die nie tgh buat lawak ke ape? aku nie dlm rancangan Wakenebeb ke ape! dah lah carpark kat bwk bukit(sebelah klinik) mane boleh tgk budak dri side mirror? Menipu xbertempat!

Penulis: Eh pn, pn ingat kami je ke ari nie pakai baju belang2, kan kite kat bangunan falkulti AD nie, pn tau x pelajar AD nie antara pelajar ramai banyak kat UiTM Melaka nie?(dgn nada xpuas hati dan marah melanggit serta cuak)

mak guard erra fazira: tapi class nie saja yg tinggap terbuka!(dari jawapan nie aku boleh bitau die x berpikir panjang )

Bang jef: Pn, saya ade kat sini tadi, xkan lah diorang nak hina pn?(sambil menerangkan kenape bdk2 tadi berkumpul kat tingkap)

Mak guard2: Diam kaku(mungkin disebabkan bangjef nie umur 40thn, ala2 lectr)......
dan tiba2, nie mana kat matrix kamu nie?

Rahman: Tertinggal kat bilik pn.

Mak guard: Ikut kami...(dgn nada tegas)

Pada masa tue ramai budak class penulis berkumpul dan memberi sokongan moral kepada kami!terima kasih!!ingatkan dah xde lg lah.namun...

Mak guard tembab: saya nak cakp sekali lagi, kamu ckp kami gila ke tdi?kamu tahu menghina kami nie satu kesalahan!kamu boleh digantung tau!

Mak guard erra fazira: Baik kamu mengaku! Saya akan maafkan kamu jika kamu mengaku!

Penulis: Eh pn, pn xblh ckp mcm 2, pn xda buktipun nak sabitkan kami?

Mak guard: Ok kasi nomb matrix kamu dan class kamu.

Setelah memberi semue "keterangan" penulis dan rahman di benarkan pulang ke class. Dalam perjalanan penulis diasak dgn soalan2 dari classmate yg ingin tahu cerita sebenar.. ingatkan drama dah habis, rupa2 nya....(dalam perjalanan balik ke bilik)

Mak guard tembab: Kamu berdua!(ala gerak khas) ikut kami. Sambil berkomunikasi dgn alat komunikasi kat bahu yg penulis xreti nak eje.hehehe cuak hati kami..

Bilik siasatan..

Eh kat uitm pon ade bilik siasatan?mcm drama gerak khas la plak! penulis berbisik dalam hati yg konpius sama ada nak gelak ataupon menggigil ketakutan sebab teruja bercampur gementar. drama di bilik siasatan....

Pak guard keding tinggi tapi bersuara petir: ape nak jadi dgn kamu nie, menghina guard plak!kamu tahu kami nie bersusah payah nak menjaga kamu semua!

Dalam hati penulis: Kalau tau susah, kenape jd pak guard? ade aku suruh ko jaga kita orang?

Penulis: Eh, en xblh nak salahkan kami, en xda bukti nak sabitkan kami?

Pak guard keding tinggi tapi bersuara petir:menjawab!baru part 02 dah pandai menjawab! nie dari block mane nie? N! Patutlah menjawab!(block N sering kali dijdkan sasaran kerana kedegilan dan rekod buruk pelajar2 block N)
pak guard keding tinggi tapi bersuara petir: nemang patut gantung nie!

Penulis:eh en, dah la xde bukti nak gantung2 lak!(dgn nada marah tapi cuak) dah nemang x buat kenapa nak gantung2 lak.

Pak guard keding tinggi tapi bersuara petir:demi tuhan jamu x buat?

Penulis: demi tuhan! Mana Al-Quran? Saya berani bersumpah lah! Nak sy call kawan2 saya untuk ambil keterangan?(dgn nada confident)

Pak guard keding tinggi tapi bersuara petir:ok!panggil mereka!(dgn nada angkuh)

Penulis pon call lah classmate penulis untuk diambil keterangan. Dalam hati nie marah sungguh! Sesuka hati aje panggil aku nie penipu! eargh! Drama nie xhabis lg, penulis dan rahman kene ke ibu pejabat utama plak. Dalam kekalutan tue, penulis sedar sape kawan sape lawan, agak sedih sebenarnya...

Kawan makan kawan:ko mengaku je lah, senang cite, aku dah lapa n nak tido nie, lgpon keje banyak xsiap lg!

Peh!rase nak hamun je org 2, agak terkejut n sedih juga die kasi statement mcm 2.... Kalau die ade kat tempat aku n aku ckp mcm 2 kat die mcm mane die rase?aneh...

Pak guard keding tinggi tapi bersuara petir pergi dgn angkuh menaiki motosikal tanpa memakai topi keledar. Dalam hati nak je baling dgn batu dgn harapan pak guard jatuh dah koma sehingga sedar kesilapan diri!(peh ayat!)

Penulis dan rahman bergegas ke pondok pak guard. Kat dalam pejabat 2 ditanya soalan yg sama tapi berlainan nada suaranya, lebih bersifat kebapaan. Di dalm opis 2 juga mak guard tadi dimarahi akibat kesilapan yg berlaku td. Penulis dan Rahman pergi dgn aman dan megah! Tapi penulis xpernah dapat ucapan sorry dari mak and pak guard yg dgn tanpa segan silu mengutuk, mengherdik tanpa usul periksa.....

Sebenarnya xramai yg tau kes nie, penulis ingat lg apabila penulis beritahu roommate penulis, mereka tergelak tidak percaya, mungkin mereka berasa bahawa wajah bermuka polos nie x mampu menggegarkan dunia!

Ahseng: ko kene tahan mak guard coz menghina die?hahaha(dgn nada kuat di tengah pasar malam UiTM sambil semue pandang penulis)

Mutu: betul ke?(dgn nada terkejut dan volume 40!xnak kuat plak mamat nie bersuara)

Agak malu juga penulis masa 2, mane xnye, dah la tgh2 pasar, org ramai plak, segan aku! Menjadi mangsa keadaan sekali lagi2:25 AM 11/27/2009..

Hahaha.... malah kes nie menjadi intipati kempen penarik undi MT block " saya percaya saya mampu membela nasib pelajar block nie seperti mana kes seorang pelajar block kita telah di fitnah mak guard" (lebih kurang la bunyinya) Penulis dan kawan penulis terdiam, sape plak bitau die dan paling penting bila lak die bela aku?Bckp pon x? Aneh.... Nie aneh terlampau nie..

Kesimpulan dari cerita nie, xpayah lah tunjuk power xbertempat!ingat org muda xberpelajaran ke?sesuke hati je mengherdik tanpa usul periksa dan dgn angkuhnya lak 2! Dari situ juga penulis kenal sape kawan sejati, sanggup menolong tanpa banyak soal and xharap pon balasan.


p/s: tiada tindakan serious diambil just rahman kene peringatan x memakai matrix card. Selepas peristiwa 2, aku dah malas nak hormat pak guard! tapi xsemue teruk ade gak ok, mungkin mereka just menjalankan tanggungjawab atau asyik di buai mimpi mereka boleh menjadi watak dalam drama gerak khas, roda2 dan byk lg drama...(too many waching tv)

p/s: juling bermimpi menjadi anet dalam gerak khas(bayangkan)......