Saturday, October 15, 2011

15.10.2011



selamat hari jadi izzad baharuddin
semoga panjang umur dan murah rezeki,


itu mak dan ayah aku cakap tadi.
thanks



Wednesday, October 12, 2011

just saying





renung-renungkan

Tuesday, October 4, 2011

aku dia dan kedai kopi




aku dah bosan dengan kerajaan sekarang!
banyak sangat masalah!!
tak macam dulu!!
semua senang!!
tengok kiri dan kanan ko!!
belambak pendatang asing!!
macam mana negara tak tunggah-tebalik??

kata2 seorang pak cik di kedai kopi, sambil menghirup kopinya, begitu bergaya menghembuskan asap rokok.rockstar. begitu lantang bersuara, hebat, gaya menteri yang sedang membentangkan usul2 di parlimen.

namun pandanganku beralih arah. beralih ke sekumpulan pekerja kilang yg berjalan kepenatan.ditangan mereka membawa bekalan, air botol besar, mangkuk tingkat, teringat zaman kanak2, bawa bekal ke sekolah.gigih berkerja sehari-hari demi mencari sesuap nasi di bumi orang.

tengok tue!!
mana orang Malaysia xde keje!!

tak habis lagi pak cik ni...

pandangan ku beralih ke meja sebelah, sekumpulan pelajar berkumpul, 'hang out' kat orang. pandanganku tertumpu kepada seorng budak, berambut mohack, berbaju hitam ala black metal, berantai ala 50cent.dengan bangga berkata tak takut dgn undang2 sekolah,

undang2 untuk kita langar beb!!
x rock la wei!!!"

di ikuti ketawa tak ingat dunia..

mamak!!
masuk buku!!



Saturday, October 1, 2011

bumbungku lantai orang



pangsapuri anggerik indah ada surau,
depan surau ada taman permainan,
tempat orang bercengkarama,
benar kata orang, cinta tak kenal siapa,
cinta tak kenal tempat, dan jantina,
di tambah kewarganegaraan,
bila dah jodoh, siapa boleh usik?...
patotlah surau di kunci,
di mangga dan dirantai,
mengekang pencuri tak berperikemanusiaan masuk,
namun yang penting, kesucian surau tak di usik,
dari kotoran, takut menjadi sarang melepaskan nafsu,
nafsu serakah 1malaysia...

menaiki lif yg menakutkan,
yang membawa 1001 manusia,
terselit nombor2 along,
almaklumlah, orang business,
kene pandai tarik pelanggan,
target market kene betul baru business merah mekar,
semerah darah pelanggan yang pinjam dan tak reti nak bayar...
biasalah manusia, hidup selalu ikut jalan mudah,
kalau orang senang, harus dipintas, harus dicantas,
baru tenang tidur agaknya..

bertaburan nombor-nombor ekor,
selalunya lif ini bersih,
almaklumlah ada orang yg sapu,
namun bertaburan juga sampah-sarap,
tak paham tak ada budi bahasa agaknya,
teruja nak jenuk rumah mereka,
pasti bagaikan tapak pelupusan sampah,
mungkin...


Tuesday, September 27, 2011

amarah yang xseberape amarah






sekian terima kasih...

Tuesday, September 20, 2011

perjalanan



5 bulan lagi,
akan menjadi alumni,
setiap detik di hitung,
satu persatu air keringat mengalir,
menjadi yang terbaik dikalangan terbaik,
namun tak pernah alpa dalam percaturan,
tak pernah membelakangi prinsip diri,
tak pernah menambahkan manisan di mulut sendiri,
untuk menyenangkan orang lain yang meninggi,
perjalanan biar suci, jujur dan putih,
walaupun bernoda perjalanan ini,
langkah berani bagikan pewira.

Monday, September 12, 2011

kesedaran dan sedar diri

musim baru untuk pelajar IPT dan IPTS belajar sudah bermula, segalanya sibuk untuk ke class, dan ade jugak malas ke class, bukan ape, tunggu2 xade(kisah benar, bru tdi...)

al-kisah...
(semasa kat tesco tadi, terdengar perbualan sweet nie)

pelajar : ibu, ini susu yang ibu nak tue (susu anlene)
ibu : xpelah, nanti2 mak beli, belilah barang untuk kamu, bukan mak
pelajar : lah, xpe, adik baru dpat pt, beli ajelah, nanti kalau mak sakit2 sape nak tolong.
ibu : mahal nie (sambil membelek harga)
pelajar : xpe, nanti beli barang adik sikit jerlah,
ibu : yelah...

tersenyum. yes, i was smiling. sape kata pelajar ipt or ipts tau berbelanja sakan aja. ada sebahagian kita berkemampuan, ada juga sebaliknya. demi segulung ijazah, banyak cabaran perlu di tempuh dan kebanyakkannya berkisar tentang duit.

taklah berkata xboleh beli apa yang kita nak, tapi sebelum kita beli, fikirkan, adakah berbaloi kita membelinya?adakah stabil kewangan kita? iya bukan setakat hanya bergantung kepada duit ptptn atau mak bapak. tak kan nak dating pakai duit mak bapak kot bro....

p/s: rindu ibu dan ayah di kampung. selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin :)