Sunday, January 17, 2010

pancit dan kawan

Kisah nie terjadi pada malam sabtu hari 2..

cerita bermula semasa aku n yusni pergi ke seri menanti, bandar di raja n.sembilan kerana ada program disana. Sampai2, dah habis, putus harapan... Lepak kedai makan namun di halau kerana nak tutup... ape da!mamak pon bukak 24hours kot!

Dalam perjalanan ke K.Pilah..

tutuutup(lebih kurang lah bunyiknyer...)
yus: apahal lak nie?
aku: terlanggar kucing ker?
yus:jap aku tgk..

tayar motor aku bocor rupanya..

adess... terpaksalah aku n yusni menolak..

sampai kat 7eleven terjumpe mamat nie. Mamat nie kawan lame aku, lame gak ar x jumpe, wan namenyer.. senior setahun, die nie dlu selalu jer aku tangkap coz ponteng, tapi aku x kasi name kat cikgu pon, malas aku, lgpon die nie ok, baik but malas jer..

Nemang betol kate org, kalau kte tolong orang, nanti orang 2 akan tolong kita balik, KARMA namanya. Satu lg, aku x suke orang mengutok orang yg kelas ujung2, xlah bermaksud aku nie kelas ujung, but kebanyakkan kawan2 aku dari class sana walaupon aku class sains tulen(walaupon result xberape cantik!adess) walaupon diorang xberape bagus dalam pelajaran, namun diorang sangat bagus dalam sport, n teknikal. Aku berterima kasih kat diorang, call semua datang, terharu aku! Moga kamu semua suksess dgn hidup!Menjadi lebih baik dan lebih kaya dari orng yg pernah kutuk2 korang dlu!Amin!!! love n peace

4 comments:

Afzainizam said...

NILAI PERSAHABATAN


Sahabat,

Jika suatu masa engkau ditakdirkan bertemu seorang kawan, yang sanggup bersusah keranamu atas nama kesetiaan, sering mendahulukanmu atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, mempercayaimu atas nama keikhlasan, yang menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, ketahuilah olehmu sahabat, Dia bukan hanya seorang kawan tetapi Dialah seorang saudara dan juga sahabat..

Tetapi Sahabat,

Sekiranya engkau berasa beban kerananya, berasa ragu akan keikhlasannya, itulah tandanya engkau tidak seikhlas dia, andainya engkau buka keaibannya, itu tandanya engkau melaknati kejujurannya. Engkau juga tidak menghargai segala kabaikannya terhadap engkau..

Bila engkau mula menyedari dia tidak mengendahkan engkau lagi, dan mula bersikap dingin dan berubah, janganlah engkau termakan hati dengan sikapnya itu..

Ketahuilah,

Betapa dia sebenarnya, menelan hempedu sendi yang mendalam kerana
prihatin dan kasih sayangnya, kejujuran dan keikhlasannya, engkau permainkan..
Maka setelah itu, usahlah engkau harapkan sesuatu darinya lagi, kerana dia telah hilang kepercayaan padamu..
Engkau juga takkan bertemu dengan kawan sepertinya lagi..

Oleh itu Sahabatku,

Hargailah sebuah persahabatan, sebelum ia hilang dari dirimu…



“SEBAIK-BAIK SAHABAT IALAH YANG MENEGUR DI KALA KEMUNGKARAN DAN SEBURUK-BURUK SAHABAT IALAH YANG DIAM SERIBU BAHASA”

Salam ziarah dari kami http://firestartingautomobil.blogspot.com

i'msosupernotcool said...

untung kao punye sahabat sebegitu..

hans said...

hahaah...
ko memang la sengkul
sentiasa bernasib malang apabila membawa motosikal
hahaha

izzad b* said...

sial nyer kata2!huh!