Sunday, January 31, 2010

alpa

kita selalu mengimpikan kehidupan yg lebih baik, kaya-raya dan sebagainya. Namun disebalik persolan ini, adakah kita setaraf ataupun layakkah kita mengimpikan sesuatu seperti kita impikan?

situasi 01

Seorang pemuda mengimpikan seorang wanita yg baik, sopan ataupun kaya(kebanyakan kaya) muncul dalam hidupnya. Walaupun realitinya dia seorang pemuda yg hanya tahu duduk terkangkang dan menunggu dgn selesanya di rumah ataau ditangga, menunggu pasangan hidupnya muncul, adakah dia akan menemui pasangan hidupnya?pikirlah sendiri....

situasi 02

Pemilik kedai A yg begitu cemburu dgn kedai B yg lagi laris dari kedainya, sanggup menabur fitnah mengata pemilik kedai B memakai tangkal atau pelaris, ataupun memasukan seluar dalam perawan dalam kuali masakannya. Walhal realitinya kedai B mempunyai pilihan makanan yg jauh lebih sedap, murah dan layanan first class. Salah sapakan ini? kenapa xsalahkan diri sendiri kerana xbelajar memasak, improve communication skill and so on?

situasi 03

Seorang wanita yg mengimpikan seorang pemuda yg setia muncul dalam hidupnya, walhal dia sendiri seorang mata keranjang, xsetia dgn pasangannya, memandang kekayaan dan kesenangan malah menyalahkan pasangannya akibat penceraian atau putusnya cinta mereka. Kenapa xmunasabah diri atau sedar diri dgn diri sendiri?

Kadang2 kita alpa dgn diri sendiri, selalu menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri. Selalu marah apabila orang mengata pasal kita sedangkan kita hobinya mengata orang, meghina kekurangan orang lain sedangkan diri sendiri terkontang-kanting, berharap mendapat gred yg baik padahal asyik melayan facebook, mengharap kekayaan datang bergolek sedangkan duduk terkangkang di rumah....

tepuk dada tanya selera...

18 comments:

ann frendly said...

err.. betul tu.. sebelum wat sesuatu yang tak baik cermin diri dulu.

Dulu nak test saya asik melayan games, dgn tak baca buku boleh pulak ade hati nak dapat A.. heheh..kirim salam ler bebanyak kann. kantoi terus paper tuh.. heheh..insaf2

Moon Death Spell said...

senang cerita lebih baik kite cermin dri sendiri dulu... betul tak

Solehah said...

betul tu..setiap impian perlu seiring denagan usaha.kalau duduk tunggu, dan mendengki saja kejenya tak ke mana juga..
belajar terima kesalahan diri dan cuba perbaiki..

fiD said...

yang pasal beniaga tue, aku sokong sangat bangse kite sangat iri hatiii...

susa nak ubah penyakit nie kan...

hans said...

aku musykil
asal ko asyik mengulangi ayat ASYIK TERKANGKANG DIRUMAH
hahahaha


maaflah kalau lari topik tapi nak minta tolong kamu vote entry saya yang bernombor 19 di blog www.denaihati.com

lebih mudah nak faham sila click entry ini dan harap sudilah vote entry no 19 saya tu..

terima kasih yer n promotelah dkt member2 sama suruh vote entry saya

izzad b* said...

ann frendly : yap, cermin diri sendiri sebelum nak cakap tentang orang, btw, lepas nie kene beli cermin coz bilek xde cermin...
Moon Death Spell :yap, beli yg besar nyer..
Solehah : kadang2 kite terlupe pasal past kita..
fiD : penyakit yg lebih bahaya dri h1n1
hans: comel ape ayat "ASYIK TERKANGKANG DIRUMAH
"hahaha dah berkali2 aku vote!

chah~ said...

ermm.. kalo ukur baju kt badan sendiri seswai x ntuk ntri ni..? hehehe..

nice blog.. ;)

izzad b* said...

chah~: xpe leh beli pasang siapnyer

AzuanBudakMemandai said...

aku la yg duk terkankang kat rumah tue wakaka

izzad b* said...

AzuanBudakMemandai:hahaha, kantoi..

arekymz membuyau said...

aku pon suke layan fb..
tp gred aku ok..
sbb aku blaja gak..
:DD

miss lolly a.k.a luvfareda said...

senang cite camni


UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI *erk betul ke?

oranglidi said...

agh. situasi first tu terkena plak dengan wa. hihiiihihihi.

♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ said...

sebab itu wujudnya usaha~
tidak salah jika kita mengimpikan sumer tu`
yg penting kita bertawakal n usaha~

izzad b* said...

arekymz membuyau :betol2, taniah, anda x alpa
miss lolly a.k.a luvfareda :kebanyakkan org xtau saiz bdn sendiri, mcm beli baju saiz s walaupon bdn saiz L.
oranglidi :yeke?hahaha
♠☠♠ayudeadwish♠☠♠ : betol 2, tapi ade org skip berusaha terus tawakal.

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam ziarah...selalunya org la ni mana ukoq baju kat badan sendiri...selalu pakai baju adik2 saja.....

LORD ZARA 札拉 said...

kadang2 aku rasa nak biarkan diri aku hanyut dan lupa bila sesuatu berlaku dalam hidup aku.

boleh tak?

izzad b* said...

Alimaz-Kembara Terasing: ush?boleh lak?
LORD ZARA 札拉 :kadang2 kehanyutan 2 baek, tapi kalau berlebih jd x baek