Thursday, December 10, 2009

kawan

Kawan sejati...

Pernahkan anda mempunyai kawan sejati dalam hidup?
Kawan yg tak pernah lupakan kita taktakala semua menjauhkan diri daripada kita?
Kawan yg datang menolong dengan ikhlas tahtakala kita diambang kesusahan?
Kawan yg menerima kita seadanya sedangkan orang lain sibuk menghakimi kita?
Kawan yg sentiasa mendoakan kita sedangkan yg lain asyik menjatuhkan kita?

Tepuk dada tanya selera..

Hati penulis terdetik ingin menulis tentang perkara ini. Sepanjang hidup penulis ramai juga yg suka menghakimi personality dan perwatakan penulis. Penulis sedar, penulis xlah perfect, mana ada orang perfect kat dunia nie. Semua manusia biasa, ada kelebihan dan kekurangan dlm diri. Penulis ingin gariskan disini, DUNIA INI BULAT, XPAYAHLAH NAK BERLAGAK ANDA BAGAIKAN SESEORANG YG PERFECT. Penulis percaya kepada ketentuan Illahi, ada seorang kawan berbisik kepada penulis, ujian yg diturunkan oleh Tuhan bukanlah bermaksud Tuhan tak sayang kepada hambanya, ia diturunkan kerana ingin menguji kemampuan hambanya menerima dugaan yg menimpa, ingin menguji adakan hambanya akan bertambah takwa kepadaNya, ataupun hanyut dikancah dosa dan kegelapan. Ada juga yg menyatakan bahawa ia sebenarnya adalah peringatan kepada kita, peringatan bahawa kita semakin leka dan alpa dan asyik dalam kancah kelekaan. Apapun sebabnya, Allah Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

begini...

post penulis kali ini bukanlah nak mengenakan ataupun memboikot sesiapa, hanyalah untuh memberi secebis nasihat kepada diri penulis dan kepada sesiapa yg sudi membaca. Diharap agar penulisan pada kali ini memberi keinsafan kepada kita dan memberi cahaya kepada hati kita supaya menjadi seseorang yg lebih ikhlas berkawan, dan menerima seadanya diri kita walaupun ia bukan seperti yg kita inginkan, belajar dari kesilapan, dan bangkit dari kesilapan itu. Hargai orang sekeliling kita, perhatikan sapa lawan dan sapa lawan, kerana ia boleh menyelamatkan kita di lain hari.

3 comments:

hans said...

pewittttttttt
suka baca....
hahaha
mesti terharu wook kalau baca penulisan ko nih

Unknown said...

gok tol ko nie.

hans said...

hahahha
relax2
dun malah2 maaa
kuikuikui