Saturday, December 19, 2009

maal hijrah

Sebelum meneruskan penulisan masih bersempatan penulis ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada pembaca sekalian. Sambutan maal hijrah dari tahun ke tahun semakin xmeriah. Dulunya perarakan sambil memuji2 ke -EsaanNya, namun pada hari ini?......... hambar.

Pemandangan di masjid2 semakin kelabu, hanya sekerat dua memenuhkan saff sembahyang, di samping kanak2 keriangan berlarian semasa imam menyampaikan syarahan. Nemang sejuk mata memandang, kalau budak2 pergi ke masjid atau surau, berpakaian lengkap bersongkok bertudung namun apabila berlarian berkejaran semasa imam menyampaikan syarahan, rasa macam nak ikat di tiang2 masjid, aman sikit, imam pon senyum!

Di saat imam tersedar2 menyampaikan syarahan, atuk2 sibuk menyuruh cucu duduk "aiman, duduk!" sambil mengurut2 kaki nan kebas, tak tahan duduk lama katanya. Cucunya bebas berlari dan berketawa, disamping abang2nya sibuk berlumba2 di jalanan dan kaka2nya sibuk menonton drama tv membelek2 majalah hiburan sambil mulut mengunyah2 keropok potato. Mana ibu dan bapanya? ohw, sibuk mencari rezeki, untuk anak2 katanya. "dah lamo x ketemu ayahnya aiman 2, sibuk benokah?" kata mak puteh kepada senah. "entahlah teh, sibuk agaknya.. dgn nada kesal dan menghitung hari beras di rumah dekat nak habis, namun xsekali pon anaknya bertanya. Matanya agak berair, mengenang nasib... namun masih utuh mengukir senyuman.

tepuk dada tanya selera..

p/s:teringgin nak dgr lagu aisyah, kepulangan.

No comments: