Saturday, January 29, 2011

masih disini

ok, semalam ade seorang kawan berkata :

"zad, ko x pernah berubah"

bila dipikirkan balik betol.
masih suka makan kat mamak
masih senyap, diam dan kadang-kadang membuat orang bingung
masih jujur(main lepas) bila bercakap
masih tenang mengadapi dugaan and tekanan
masih bodoh, suka kesian xbertempat
masih setia kepada yg xsetia.

terima kasih kepada dia, membuatkan aku berfikir, aku masih x berubah, sedangkan semua dah berubah.masa berlalu, tapi aku tetap dgn principal dan kata2.amin





Monday, January 24, 2011

bermimpi dan berlari

bermimpi,
tak kira malam dan siang,
tak pernah kenal erti reality,
tak pernah kenal usaha,
hanya ingat satu benda,
mimpi.

berlari,
tekad,
tak pernah kenal erti berhenti,
terus usaha walaupun berduri,
tetap berlari menuju ke hadapan,
walaupun tahu,
banyak menanti,
berlari...

Friday, January 14, 2011

2011

misi pengembaraan bermula,
segala keringat dipulas,
untuk menjadi manusia berguna.

berjuang untuk berjaya,
tapi tak mahu hilang asal-usul,
masih berpegang kepada integriti dan maruah,
tak mahu hati menjadi hitam,
dek kerakusan manusia mengejar kejayaan.

namun, aku tahu,
banyak cabaran menanti,
dugaan yang mungkin melemahkan jiwa,
namun aku ada senjata,
keluarga, rakan-rakan dan juga,
Allah s.w.t.

Friday, November 12, 2010

28 hari: jurnal chenta di mana kamu?

titik 02

Pertemuan.

Semua mempunyai cerita bagaimana kita bertemu dgn kekasih kita. Mungkin dalam train, bas ataupun dalam kelas. Tak kira mana arahnya, perasaan tetap satu, chenta. Bak kata perpatah, chenta pandang pertama, dari mata jatuh ke hati.dan dari hati, segalalah bermula, perjalanan menuju kebahagian, atau sebaliknya.

Rupa paras, dan fizikal.

Pertama kali kita bertemu dgn pasangan kita, apa yg membuatkan kita tertarik?Matanya?Raut wajahnya?Fizikalnya?Pelbagai jawapan bagi persoalan ini. Namun dari situ, mulalah bibit2 perasan yg dinamakan chenta, makan tak kenyang, tidur tak lelap, mandi tak basah, antara perumpamaan orang zaman dulu2 terhadap reaksi kita apabila kita jatuh chenta.

Aku

Pertama kali aku bertemu dgnnya aku terpikat dgn pandangan matanya. Macam kucing.aku nemang peminat kucing, matanya iras2 kucing, manja, namun usah berani dekat, anda mungkin dalam bahaya. Dari situ bermula bibit2 pengenalan, perasaan tak lebih dari hanya ingin mengenali dan memahami...

Jatuh

Dari mata ke budi bahasa. Sopan-santun petah berkata2, percakapannya halus namun awas, adakalanya tajam membuatkan aku tertarik, senang berkata2 dgnnya, sebut sahaja isu apa, tangkas bersuara, menjawab dgn petah dan tersendiri. Lengok badannya gemalai, bagaikan penari melayu, namun jangan di acah, anda pasti merasa. Perasaan ini, adalah........

Fin

Namun aku terlau muda untuk menerima atau memberi chenta. Terlalu buta melihatnya, terlalu leka sampai iya berlalu. Persahabatan hanya sampai disitu, tiada peringkat seterusnya. Namun perasaan itu mengajar aku, supaya bersedia untuk memberi dan menerima, chenta tak akan datang bergolek, atau jatuh di pangkuan kita secara sendiri. Berani untuk menyatakannya, atau anda mungkin terlambat, tak mungkin temui seseorang sebaiknya. Maybe.

Konklusi

Seorang rakan bertanya kepadaku, adakah paras rupa dan fizikal segalanya. Sudah tentu jawapan tidak. Sesiapa yg hanya melihat luaran terlalu buta, terlalu sesak dgn amarah nafsu. Itu bukan chenta, itu nafsu. Jika anda melihat dari sudut itu, silalah bertaubat, anda disaluti nafsu serakah, mungkin terlalu banyak menonton online porn. Kantoi..

Ada juga membuat perasaan dan fikiran bercelaru. Tak cantikkah aku?Tak seksikah aku?Perlukah aku memakai baju saiz saiz S sedangkan saiz XL?Perlukah aku menonjolkan semuanya jika aku ingin menjadi dambaan pecinta?Tepuk dada tanya selera

"i try to have sex with me wife 3-4 times a day, maybe more than that.. but i don't think you can really live that way.it would be too stressful-wayne coyle."

Wednesday, November 10, 2010

28 hari: jurnal chenta di mana kamu?

titik 01

ok, jurnal nie sebenarnyer adalah bertujuan untuk mengisi masa lapang yang macam selapang gurun sahara sekarang. jurnal ini berinspirasikan 28 hari:jurnal rock n' roll by mohd jayzuan(local singer-songwriter and indie mainstay) buku boleh idapati di MPH n popular berhampiran dgn harga rm15.

sebenarnya penulis seorang yg agak private dalam hal bersangkut paut dgn chenta nie.my opinion, personal is personal, so biarlah rahsia~.ahaha

jurnal ini berkisarkan pengalaman sendiri dan kawan2 penulis, pengalaman yg dikongsi bersama dgn harapan menjadi pengajaran dan inspired kamu-kamu semua untuk mencari dan tak takut kepada perasaan yg di namakan chenta.

chenta?

bagi penulis, chenta adalah perasaan yg datang apabila kita mencinta dan di cintai seseorang.so, chenta diri sendiri x termasuk, harap maklum. perasaan ini adalah sesuatu yg suci, halus dan tersendiri, tak semua boleh merasai dan mempunyai pengalaman yg sama, so janganlah kita compare kisah kita dengan orang lain, xsemuanya indah dan xsemuanya duka.

chenta terlalu subjective, tiada a, atau b. perasaan ini hanya di alami dan dikongsi oleh kita n pasangan kita. bak kata orang cerita dlm kelambu~. just love and not sex people!!

selama 28hari, (insyaallah) penulis akan berkongsi cerita tentang topic ini.so just wait n see...

Saturday, October 30, 2010

saya dan pandangan berbeza

semua orang mempunyai pandangan berbeza,
adakah itu sesuai yg pelik?
bagi ku xpelik pon.

pandangan kita berbeza kerana,
dari pembacaan kita,
dari pengalaman kita,
dari pemantauan kita
etc.

semua ada pengalaman, liku-liku hidup berbeza,
bahan bacaan berbeza, knape semua nak sama?

aku lebih suka taman yang ada 1001 bunga dari 1 jenis,
kerana setiap kuntuman berbeza dan unique..

Sunday, October 3, 2010

manusia

petang yg dingin,
sedingin jiwaku,
namun tak adil bagiku berperasaan sebegini,
mulakan langkah,
terus kedepan.

datangku bukan tak di ajak,
namun layanan yg ku terima sebaliknya,
tabahkan hati, tebalkan muka,
bersalaman, memberi senyuman ikhlas,
namun, plastik, tahi yg aku terima,
pasrah, tempat dia, bukan aku.

eh,
kawan,
aku menegur,
erk, hai (sinis)
ohw, terus ke meja makan,
xpelah, siapalah aku,
tetamu yg diundang dasar terpaksa.

mari bergambar!,
ush, kawannya menegur,
pasrah, senyap aja,
kenapa?takut orang tahu aku berkawan dgn mereka?
senyuman pembohongan terukir halus,
click-click, senyum......
plastik.

kawan,
bagaimana jiwa nak aman,
kalau asik cantas-mencantas
orang berjaya akibat usaha,
bukan berjaya akibat kipasan,
dulu kau orang yang paling membenci beliau,
namun kini kau bff dgn dia?
kau ludah dan kau jilat kembali?
dah tak ada harga diri?
mengata orang ego dan plastik?
namun apa pula nama kau?
malaikat?
lebih teruk dari iblis.

tak perlu hidup belagak,
harta engkau bukan milikmu, tapi keluargamu,
jangan menghina orang,
memandang rendah kepada yg lain,
mencaci, menghina dan menfitnah,
aku berjaya atas usaha dan kerja keras,
bukannya berbekalkan air liur semata2,
nemang betul kau berkawan dgn orang yg hebat2,
namun xsemestinya kau hebat,
seperti langit dan bumi,

tak guna pointer melangit,
kalau hanya di kertas, tak dihati,
ohw, dia hebat, pointer pon tinggi,
tinggalkan dia, dia bodoh,
jom berkawan dgn si pandai,
biar dia buat kerja, kita goyang kaki saja,
eh, dah siap?
baru nak bantu...
sign

hanya satu pintaku,
ubahlah sikapmu kawan,
sebelum iya memakan diri,
sebelum topeng sucimu retak satu persatu,
sebelum nyawa dan maruah masih dipegang,
sebelum nasi, menjadi bubur.