Friday, November 12, 2010

28 hari: jurnal chenta di mana kamu?

titik 02

Pertemuan.

Semua mempunyai cerita bagaimana kita bertemu dgn kekasih kita. Mungkin dalam train, bas ataupun dalam kelas. Tak kira mana arahnya, perasaan tetap satu, chenta. Bak kata perpatah, chenta pandang pertama, dari mata jatuh ke hati.dan dari hati, segalalah bermula, perjalanan menuju kebahagian, atau sebaliknya.

Rupa paras, dan fizikal.

Pertama kali kita bertemu dgn pasangan kita, apa yg membuatkan kita tertarik?Matanya?Raut wajahnya?Fizikalnya?Pelbagai jawapan bagi persoalan ini. Namun dari situ, mulalah bibit2 perasan yg dinamakan chenta, makan tak kenyang, tidur tak lelap, mandi tak basah, antara perumpamaan orang zaman dulu2 terhadap reaksi kita apabila kita jatuh chenta.

Aku

Pertama kali aku bertemu dgnnya aku terpikat dgn pandangan matanya. Macam kucing.aku nemang peminat kucing, matanya iras2 kucing, manja, namun usah berani dekat, anda mungkin dalam bahaya. Dari situ bermula bibit2 pengenalan, perasaan tak lebih dari hanya ingin mengenali dan memahami...

Jatuh

Dari mata ke budi bahasa. Sopan-santun petah berkata2, percakapannya halus namun awas, adakalanya tajam membuatkan aku tertarik, senang berkata2 dgnnya, sebut sahaja isu apa, tangkas bersuara, menjawab dgn petah dan tersendiri. Lengok badannya gemalai, bagaikan penari melayu, namun jangan di acah, anda pasti merasa. Perasaan ini, adalah........

Fin

Namun aku terlau muda untuk menerima atau memberi chenta. Terlalu buta melihatnya, terlalu leka sampai iya berlalu. Persahabatan hanya sampai disitu, tiada peringkat seterusnya. Namun perasaan itu mengajar aku, supaya bersedia untuk memberi dan menerima, chenta tak akan datang bergolek, atau jatuh di pangkuan kita secara sendiri. Berani untuk menyatakannya, atau anda mungkin terlambat, tak mungkin temui seseorang sebaiknya. Maybe.

Konklusi

Seorang rakan bertanya kepadaku, adakah paras rupa dan fizikal segalanya. Sudah tentu jawapan tidak. Sesiapa yg hanya melihat luaran terlalu buta, terlalu sesak dgn amarah nafsu. Itu bukan chenta, itu nafsu. Jika anda melihat dari sudut itu, silalah bertaubat, anda disaluti nafsu serakah, mungkin terlalu banyak menonton online porn. Kantoi..

Ada juga membuat perasaan dan fikiran bercelaru. Tak cantikkah aku?Tak seksikah aku?Perlukah aku memakai baju saiz saiz S sedangkan saiz XL?Perlukah aku menonjolkan semuanya jika aku ingin menjadi dambaan pecinta?Tepuk dada tanya selera

"i try to have sex with me wife 3-4 times a day, maybe more than that.. but i don't think you can really live that way.it would be too stressful-wayne coyle."

10 comments:

♥ Juliana Violet ♥ said...

Semua orang maybe akan lalui fasa2 tu berulang kali. Selagi dia sendiri tak sedar dengan keperluan dan kemahuan sendiri, dia takkan mengakhirir kesemua fasa2 tue... :))

plumpy.tootsie said...

terlambat atau terlewat tak usah disesali.kalau terlepas mungkin dia benar bukan untuk kita.

dia ibarat rama-rama,andai sayang biarkan ia terbang pergi,andai ia kembali,ia milik kita selamanya.

be happy izzad! :)

hans said...

sangat puitis lah si izad kol nih
hohohohho
patutlah ko suka dekat tuter walaupun tuter tak ada rupa
hahaha

P/S : Jom Tengok Jenis Jeruk Buah - Buahan..Sedap Owhhh!

Azuan said...

nafsu selalu membutakan hati...bahaya tu..

Encik Tikus said...

"i try to have sex with me wife 3-4 times a day, maybe more than that.. but i don't think you can really live that way.it would be too stressful-wayne coyle."


aku suka ayat nie LOL ;p

annfrendly said...

cinte sangat subjektif..

yayaLurvyous♥much said...

its was hapening at me just now~

rahimie said...

ko ileeekkkkkkkkk jek jat...malam lepak.

izzad b* said...

thanks kawan2

susu said...

wow..indeed