Monday, July 11, 2011

berliku dan usaha

perjalananku berliku,
tak sama seperti kamu,
perlu berensot, bertatih dan merangkak,
bukan terus berlari laju.

usahaku keras,
sekeras egoku, sekeras niatku,
untuk berjaya semua perlu dilangkah,
tetapi melangkah masih beringat,
tak mahu menikam keras,
kerana aku masih aku,
walaupun diduga,
namun mengalah tak mungkin.

Friday, July 8, 2011

perpaduan dan kecelakaan

dulu,
perpaduan dilaungkan,
kemerdekaan dipinta,
kebebasan menjadi idaman,
agar senang hidup anak-anakku,
di masa depan yang mencabar.

kini,
perpaduan hanya tinggal kenangan,
kemerdekaan hanyalah pada nama,
kebebasan disekat, ditutup, dikotori,
demi apa?anak bangsa?negara suci?
atau hanya individu,
individu bertopengkan iblis.

Monday, June 27, 2011

tegar dan malam

terdetik menonton berita,
di mulakan dengan kata-kata
kita perlu bersatu,
kita perlu eratkan pegangan dan hati,
demi nusa dan bangsa.

ada jua cerita ranjang
kehulu kehilir mendagang video,
menyalahkan pelakunya,
pemimpin jijik dah hitam,
namun diri sendiri lupa,
diri sendiri bagaimana,
bersumpah bagai demi bangsa,
bangsa yang mana,
itu persoalannya.

aku?
tak pandai berpolitik,
tak tau mana yang benar,
tapi sudah cukup umur untuk mengundi,
di harap dapat memberi sumbangan,
kepada mereka yang layak,
agar tiada lagi berita rakyat bertopengkan individu,
hanya rakyat demi rakyat.

Friday, May 20, 2011

ranjang

hebat, rakus dan creative
bertahan lama dan buas
itu yang kau mahu

bukan itu yang aku mahukan
hanya kucupan mesra
memeluk hangat dikala dingin

mampu memberi kasih sayang
bukan hanya terus tidur terkangkang
atau tergelak besar sambil mengembus asap

Sunday, May 15, 2011

change


adakalanya kita mahu semuanya dalam keadaan yg sama,
seperti mak-mak menyusun perabot,
marah kalau di tukar posisinya,

namun,

tak semuanya kekal,
pasti berlalu pergi, atau datang.

Sunday, April 17, 2011

hello





ok, minggu yg memenatkan dah menjelma,
bantal, tilam dah dilupakan,
makanan pon sama(nampak beno menipu~)
hati semakin retak
seretak jalan raya shah alam- klang
namun langkah perlu di kuatkan,
demi bangsa dan negara


Tuesday, March 1, 2011

gelap

ketawa jiwa gelap

ada orang buat lawak,
namun dia bukan sesiap,
tak ada yang gelak,
tak ada siapa yang kesah

ada orang buat lawak,
berpangkat dato' dan datin,
lawaknta bodoh, kelakarnya tidak,
namun semua ketawa berderaian,
bagaikan menonton ceriat senario.


dalam class pada jam 8.30 pagi, di bilik aircond

gelap

segelap jiwaku,
menanti sinar,
sinar yang memberi,
harapan dan impian,
untuk aku meneruskan hidup,

kusut,

sekusut rambutku,
mengelirukan hatiku,
memilih reality dan fantasi,
antara kaca dan permata,
antara dusta dan benar.


dalam bilik gelap bercahayakan lilin, blackout