Tuesday, March 1, 2011

gelap

ketawa jiwa gelap

ada orang buat lawak,
namun dia bukan sesiap,
tak ada yang gelak,
tak ada siapa yang kesah

ada orang buat lawak,
berpangkat dato' dan datin,
lawaknta bodoh, kelakarnya tidak,
namun semua ketawa berderaian,
bagaikan menonton ceriat senario.


dalam class pada jam 8.30 pagi, di bilik aircond

gelap

segelap jiwaku,
menanti sinar,
sinar yang memberi,
harapan dan impian,
untuk aku meneruskan hidup,

kusut,

sekusut rambutku,
mengelirukan hatiku,
memilih reality dan fantasi,
antara kaca dan permata,
antara dusta dan benar.


dalam bilik gelap bercahayakan lilin, blackout




9 comments:

mr.syazwan said...

perh romantik kalau keadaan mcm tu

heheeh

| Larasephia | said...

tak apa kawan
marah jangan, kecewa pun jangan
teruslah ketawa dalam gelap
biar pun tak siapa dengar dan nampak
asal kau tahu kau sedang hidup.

Dark Half said...

bila terasa gelap itu sesuatu yg susah utk melihat yg mana satu kaca dan permata, dusta dan benar, lihatlah dgn mata hati

Sca Ndx said...

aku selalu rasa macam kau.

harapkan cahaya nak tiba.

terang kegelapan.

Iskandar Shah said...

best gak gelap2 nih..
hahaha!

d_LA said...

kalo rambut kusut letaklah baby oil..

Sesumpah said...

candle light dinner yuk. haha

hans said...

hohohoho....
simpati...
:-)

six.september said...

kalau aku buat lawak,
ada tak orang nak gelak.


oh lupa.
aku bukan 'someone' pon kan
takda sapa yang nak gelak tbahak-bahak.