Friday, May 20, 2011

ranjang

hebat, rakus dan creative
bertahan lama dan buas
itu yang kau mahu

bukan itu yang aku mahukan
hanya kucupan mesra
memeluk hangat dikala dingin

mampu memberi kasih sayang
bukan hanya terus tidur terkangkang
atau tergelak besar sambil mengembus asap

Sunday, May 15, 2011

change


adakalanya kita mahu semuanya dalam keadaan yg sama,
seperti mak-mak menyusun perabot,
marah kalau di tukar posisinya,

namun,

tak semuanya kekal,
pasti berlalu pergi, atau datang.

Sunday, April 17, 2011

hello





ok, minggu yg memenatkan dah menjelma,
bantal, tilam dah dilupakan,
makanan pon sama(nampak beno menipu~)
hati semakin retak
seretak jalan raya shah alam- klang
namun langkah perlu di kuatkan,
demi bangsa dan negara


Tuesday, March 1, 2011

gelap

ketawa jiwa gelap

ada orang buat lawak,
namun dia bukan sesiap,
tak ada yang gelak,
tak ada siapa yang kesah

ada orang buat lawak,
berpangkat dato' dan datin,
lawaknta bodoh, kelakarnya tidak,
namun semua ketawa berderaian,
bagaikan menonton ceriat senario.


dalam class pada jam 8.30 pagi, di bilik aircond

gelap

segelap jiwaku,
menanti sinar,
sinar yang memberi,
harapan dan impian,
untuk aku meneruskan hidup,

kusut,

sekusut rambutku,
mengelirukan hatiku,
memilih reality dan fantasi,
antara kaca dan permata,
antara dusta dan benar.


dalam bilik gelap bercahayakan lilin, blackout




Friday, February 11, 2011

retak

ok,
jiwa sedikit kacau,
kesabaran semakin terancam,
jiwa semakin kelam,
kaki kini tak jejak ke lantai.

ok,
manusia nemang senang berubah,
alpa bila dapat yang baru,
kabur bila ditayang harta dan duit,
pangkat dan nama,
jiwa suci dan tenang,
retak.

semalam berbual dengan coco channel, berbual tentang manusia lupa diri, nak di tegur takut diherdik, almaklum kepala sudah menonggak ke atas, tak perlu tegur orang bawahan, sampah mungkin, mungkin mereka dan aku,
sampah.

namun hati ingin menegur, takut terbenam dalam lubuk ego, yang mungkin kau anggap kemasyuran.
aku doakan terbaik.
amin
dunia dan akhirat.

Saturday, February 5, 2011

28 hari: jurnal chenta di mana kamu?titik 03

titik 03

bila hati sudah di cerobohi

apabila cinta menjelma, semua menjadi indah. Betul ke?Langit yg mendung bertukar cerah, bunga yang layu kembali mekar... pabila bersama?kentot yg busuk bertukar wangian iras flora by gucci, muka yang lebab kembali bermaya(botox?)macam-macam..

mesra

kalau di kedai-kedai makan, kita boleh kenalpasti kelibat2 pasangan dan level2 mereka(macam games la plak)

1.begining

ok, mereka selalu duduk depan2, saling memandang satu sama lain, malu2 kucing bak kata orang, pakaian?Smart and casual, kalau boleh baju baru, yelah first impression kan?kenelah bagus and high. wangian?10km boleh bau, sebotol agaknya diorang pakai.. namun agak comel juga mereka, malu, cakap pon cover2 yelah takut terlepas cakap ke ape...

2.middle

stage nie biasa2 aja, mata bersinar macam cerita cartoon, berpegangan tangan, hidup dalam dunia sendiri, sentiasa ketawa, ceria indah... gayanya jua casual, petah berkata-kata, sesekali ketawa kecil, sudah biasa agaknya.. kalau naik motor si gadis duduk rapat dgn si jejaka, di paut erat, xnak lepas..si jejaka?megah, berkuasa bila memecut. selalu main break.. yes, main break, tanyalah kawan2 jejaka anda jika anda nak paham dgn lebih lanjut..

3.official

mungkin ini kebanyakkan orang akan perasaan, mungkin di page facebook, Asri married with Temah, in relationship with lah.. si gadis akan tag semua pic bersama, "aku dan kamu", "chentaku", dan pelbagai lagi nama2 folder berbaur chenta.. ada juga yang akan terangan2 berchating di page masing2, sweet, namun adakalanya nak muntah pun ada.. tak kurang jua pasangan mengstalker pasangannya, semuanya nak tau, dgn siapa dia berbual, comment pic siapa, macam2 takut di rampas orang agaknya.. ada juga membuat pendekatan nak tahu password facebook atau email or hp, yelah, mane tahu xsetia... adakalanya kita boleh lihat sendiri, si jejaka dgn selamba melihat sms and calling nomb gadisnya, adakalanya marah, tak kenal siapa penghantarnya mungkin..

chenta itu indah, namun adakalanya membuatkan hati kita remuk, love is all about trust, xperlulah bergaduh, bertengkar dgn perkara2 remeh, xperlulah mcm CIA, FBI atau TALIBAN dgn pasangan kita.... tapi jangan pula percaya membuta-tuli, takut di tipu hidup2, ingat, hidup tak selalunya indah, ada jua pasang surutnya, namun sebagai manusia harus tenang mengharunginya.peace

Saturday, January 29, 2011

masih disini

ok, semalam ade seorang kawan berkata :

"zad, ko x pernah berubah"

bila dipikirkan balik betol.
masih suka makan kat mamak
masih senyap, diam dan kadang-kadang membuat orang bingung
masih jujur(main lepas) bila bercakap
masih tenang mengadapi dugaan and tekanan
masih bodoh, suka kesian xbertempat
masih setia kepada yg xsetia.

terima kasih kepada dia, membuatkan aku berfikir, aku masih x berubah, sedangkan semua dah berubah.masa berlalu, tapi aku tetap dgn principal dan kata2.amin