Sunday, January 27, 2013

Berubah, kehidupan, duit dan nama

Berubah

Setiap detik, setiap saat dan setiap waktu pasti kita berubah. Sama ada kita sedar ataupun tidak, ia pasti akan berlaku. Secara tidak langsung sedikit sebanyak membuatkan kita lebih baik, atau sebaliknya.

Kehidupan

Kita hidup di dunia penuh dengan cabaran. Sama ada besar atau kecil, duka atau ceria, sedih atau gembira, ia pasti berlaku. Setiap cabaran dan dugaan di tempuh dengan jiwa yang cekal. Ya, ada kalanya cabaran atau dugaan yang menimpa diri ada kalanya perit dan sukar untuk di tempuh atau ditelan. Namun, hidup mesti di teruskan. Selagi di beri peluang untuk hidup, ia sudah cukup untuk kita meneruskan hidup, setiap nafas dan degupan jantung adalah rahmat dari yang Esa. Ucapan Syukur, Alhamdulillah kepadaNya kerna diberi peluang dan ruang. Bukan hanya terus memaki, mengkeji atau mengeluh.

Duit dan nama

Kalau boleh tak usahlah bertuhankan duit dan nama semata dalam hidup. Ya, benda-benda ini  penting dalam kelangsungan hidup. Tapi harus di ingat, kerana ini juga manusia alpa, lalai dan sesat. Kerana ini manusia tertindas, di sakiti dan bertelagah. Dan kerna inilah persekitaran menjadi tegang dan huru hara. Apasalahnya kita mencari keberkatan, mencari kesederhanaan dan keiklasan dalam jiwa dan perbuatan. Kerna itu sudah cukup untuk menjadikan kita lebih baik dan kaya di mata manusia dan lebih penting di mataNya.

1 comment:

Hans Hanis said...

betul tu
kena seimbangkan semua