Saturday, July 28, 2012

puasa dan abah

assalamualaikum semua.

Tak salah jika saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Harap semua gembira dan berharap agar puasa kali ini lebih baik dari puasa sebelumnya. Amin

Akhir march, 27 March 2012, abah telah pergi dan tak kembali. Sepanjang january hinggalah march hospital menjadi teman, menemankan abah di hospital. Yes, it was very difficult time for our family, but lives goes on. Sepanjang di hospital tak pernah putus memohon yg terbaik, namun mungkin terbaik adalah abah meninggalkan kami. Ya, kami redho. Semoga abah di tempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Ramadhan yang pertama di sambut dengan seribu kesyukuran, namun jauh di sudut hati masih berharap agar ramadhan ini di sambut bersama abah. Niat di hati mahukan raya ini menjadi satu saat istimewa buat saya, mahukan raya ini boleh membeli-belah bersama abah, almaklumlah, sekian lama hidup, tak pernah membiarkan abah membeli-belah sesuka hati, bagaimana abah membiarkan anak-anaknya membeli-belah. Namun, mungkin tiada rezeki, membeli-belah sahaja dengan keluarga sahaja. Amin.

Akhir sekali, sayangilah keluarga anda, kita tak pasti bila kita akan kehilangan mereka. Mafaatkanlah setiap saat yang ada dengan keluarga.

Buat abah, Al- Fatihah. semoga ditempatkan bersama orng beriman. Rindu itu pasti dan masih menjaga janji yang di ucap sebelum di kebumikan.Insyaallah, tak akan dilupakan dan menjadi pegangan sepanjang hayat.


4 comments:

hC said...

Al-fatihah,
Be strong ,man :)
and become stronger in Ramadhan.

*cheering for you*

Wanie-san said...

Al-fatihah..
setiap yg hidup pasti akan pergi..
tabahkan hati yep..:)

shandye. said...

Al-Fatihah.
Tongkatkan hatimu dengan doa.
Kerana tiada yang lebih ampuh daripada doa anak yang soleh.

=)

softbullet said...

beb baru baca..stronger n stronger.. aku sedih baca ni because also calling my dad 'abah' .. tc jat.