Monday, August 15, 2011

ramadhan dan pemergian



Salam ramadhan semua, di harap gembira di sisi keluarga. Ramadhan datang lagi, alhamdulillah, syukur, kerana kita masih bernyawa menemuinya. Isilah ramadhan yang mendatang dgn amalan, dan pengisian yang baik, moga segala amalan kita diberkati.


Ramadhan kali ini opah telah tiada, beliau sudah meninggal dunia, pergi menghadap illahi, Allah s.w.t. pemergian beliau selepas seminggu bertarung nyawa. Semua pasrah dan menerimanya dgn hati yang tenang dah terbuka. Ajal maut ditangan tuhan.


Semoga rohnya tenang dan di tempatkan disisi orang2 beriman.amin danAl-Fatihah.

Wednesday, July 20, 2011

rock the vote!

Assalamualaikum dah hello kawan.
ok , saya telah masuk 1 pertandingan
mencipta logo untuk RMT Malaysia.

APA ITU MRT?

design :


how to rock to vote:
looking for izzad
push vote button
anda, anda dan anda jua boleh masuk
competition nie!

Monday, July 11, 2011

berliku dan usaha

perjalananku berliku,
tak sama seperti kamu,
perlu berensot, bertatih dan merangkak,
bukan terus berlari laju.

usahaku keras,
sekeras egoku, sekeras niatku,
untuk berjaya semua perlu dilangkah,
tetapi melangkah masih beringat,
tak mahu menikam keras,
kerana aku masih aku,
walaupun diduga,
namun mengalah tak mungkin.

Friday, July 8, 2011

perpaduan dan kecelakaan

dulu,
perpaduan dilaungkan,
kemerdekaan dipinta,
kebebasan menjadi idaman,
agar senang hidup anak-anakku,
di masa depan yang mencabar.

kini,
perpaduan hanya tinggal kenangan,
kemerdekaan hanyalah pada nama,
kebebasan disekat, ditutup, dikotori,
demi apa?anak bangsa?negara suci?
atau hanya individu,
individu bertopengkan iblis.

Monday, June 27, 2011

tegar dan malam

terdetik menonton berita,
di mulakan dengan kata-kata
kita perlu bersatu,
kita perlu eratkan pegangan dan hati,
demi nusa dan bangsa.

ada jua cerita ranjang
kehulu kehilir mendagang video,
menyalahkan pelakunya,
pemimpin jijik dah hitam,
namun diri sendiri lupa,
diri sendiri bagaimana,
bersumpah bagai demi bangsa,
bangsa yang mana,
itu persoalannya.

aku?
tak pandai berpolitik,
tak tau mana yang benar,
tapi sudah cukup umur untuk mengundi,
di harap dapat memberi sumbangan,
kepada mereka yang layak,
agar tiada lagi berita rakyat bertopengkan individu,
hanya rakyat demi rakyat.

Friday, May 20, 2011

ranjang

hebat, rakus dan creative
bertahan lama dan buas
itu yang kau mahu

bukan itu yang aku mahukan
hanya kucupan mesra
memeluk hangat dikala dingin

mampu memberi kasih sayang
bukan hanya terus tidur terkangkang
atau tergelak besar sambil mengembus asap

Sunday, May 15, 2011

change


adakalanya kita mahu semuanya dalam keadaan yg sama,
seperti mak-mak menyusun perabot,
marah kalau di tukar posisinya,

namun,

tak semuanya kekal,
pasti berlalu pergi, atau datang.