assalamualaikum semua.
Tak salah jika saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Harap semua gembira dan berharap agar puasa kali ini lebih baik dari puasa sebelumnya. Amin
Akhir march, 27 March 2012, abah telah pergi dan tak kembali. Sepanjang january hinggalah march hospital menjadi teman, menemankan abah di hospital. Yes, it was very difficult time for our family, but lives goes on. Sepanjang di hospital tak pernah putus memohon yg terbaik, namun mungkin terbaik adalah abah meninggalkan kami. Ya, kami redho. Semoga abah di tempatkan bersama orang yang beriman. Amin.
Ramadhan yang pertama di sambut dengan seribu kesyukuran, namun jauh di sudut hati masih berharap agar ramadhan ini di sambut bersama abah. Niat di hati mahukan raya ini menjadi satu saat istimewa buat saya, mahukan raya ini boleh membeli-belah bersama abah, almaklumlah, sekian lama hidup, tak pernah membiarkan abah membeli-belah sesuka hati, bagaimana abah membiarkan anak-anaknya membeli-belah. Namun, mungkin tiada rezeki, membeli-belah sahaja dengan keluarga sahaja. Amin.
Akhir sekali, sayangilah keluarga anda, kita tak pasti bila kita akan kehilangan mereka. Mafaatkanlah setiap saat yang ada dengan keluarga.
Buat abah, Al- Fatihah. semoga ditempatkan bersama orng beriman. Rindu itu pasti dan masih menjaga janji yang di ucap sebelum di kebumikan.Insyaallah, tak akan dilupakan dan menjadi pegangan sepanjang hayat.
Saturday, July 28, 2012
Saturday, June 2, 2012
Doa dari jauh
Tiada lagi ketawa berdekah,
tiada lagi perangai sengalmu,
yang kadang-kadang buatku rimas,
tapi aku tak marah,
kerna tu adalah dirimu.
kini aku sudah jauh,
di harap kau tabahkan hatimu,
mengharungi liku-liku hidup,
kerna ku takut kau tersungkur,
terbenam di lubuk kegagalan,
aku takut, takut.
hanya doa yang ku beri,
tak mampu meleter atau bicara,
bukan mengalah, tapi terpaksa,
aku lepaskan kau berlayar,
namun aku tetap memerhati,
dan berdoa dari jauh.
"terapi penyembuh yang paling mujarab adalah
persahabatan dan kasih sayang -bruce lee"
Sunday, May 13, 2012
hello
assalamualaikum..
berabad tak update blog nie. macam-macam berlaku ada yang baik dah ada yang tak baik, but hye, its life.
alhamdulillah setelah 2 tahun berenang irama dalam selat student akhirnya berjaya sampai ke persisiran pantai merdeka.eh
27 march 2012 kehilangan bapa tersayang, Baharuddin B. Abu Bakar.setelah 2-3 bulan bertarung nyawa, akhirnya pergi meninggalkan keluarga buat selamanya.
15mei 2012 akan berkonvo, agak sedih apabila terkenang bapa tersayang tak sempat melihat anaknya berkonvo. konvo ini didedikasikan kepada ayah tercinta, mak, dah seluruh ahli keluarga. tak dilupakan kawan2 yang menolong secara langsung atau tak langsung.terima kasih
berabad tak update blog nie. macam-macam berlaku ada yang baik dah ada yang tak baik, but hye, its life.
alhamdulillah setelah 2 tahun berenang irama dalam selat student akhirnya berjaya sampai ke persisiran pantai merdeka.eh
27 march 2012 kehilangan bapa tersayang, Baharuddin B. Abu Bakar.setelah 2-3 bulan bertarung nyawa, akhirnya pergi meninggalkan keluarga buat selamanya.
15mei 2012 akan berkonvo, agak sedih apabila terkenang bapa tersayang tak sempat melihat anaknya berkonvo. konvo ini didedikasikan kepada ayah tercinta, mak, dah seluruh ahli keluarga. tak dilupakan kawan2 yang menolong secara langsung atau tak langsung.terima kasih
pic konvo diploma
al-fatihah
Monday, March 19, 2012
hati
Aku serahkan hati ini,
kepada kau atas nama cinta,
berjanji terimaku seadanya,
berjanji menjaga dan melindunginya,
takkan menjaga dan melindunginya,
kau dan aku tersenyum,
melayar gelora di lautan cinta.
Tapi,
itu hanya cerita semalam,
kau lukainya, kau sakitnya,
kau tikam, kau rentap, kau campak,
hati kecilku yang iklas mencintaimu.
sudahlah hati,
sudah tiba masanya kita berundur,
mencari hati yang iklas menerimamu,
seperti mana seiklas hatiku.
Tuesday, February 7, 2012
Kosong
semua kenangan di sisip rapi,
segala dosa sudah di maafi,
namun, masih ada yang tak cukup,
tapi tak tahu punca,
jiwa berkecamuk, hati bergelora,
namun tak nampak jasadnya,
masih samar,
aku masih,
kosong.
Thursday, February 2, 2012
dulu dan kini
Dulu,
takut untuk melangkah,
tak tahu apa mendatang,
tak tahu hala tuju,
hanya berbekalkan semangat,
inspirasi dan keinginan,
untuk keluarga dan diri sendiri.
Kini,
setelah semua di tempuhi,
perit getir suka gembira,
walaupon tak tahu hala tuju,
tetap menikmati setiap saat mendatang,
kerana ia tak mungkin kembali bertandang,
namun kekal di hati dan jiwa,
menjadi kenangan, menjadi pengajaran,
untuk masa mendatang.
takut untuk melangkah,
tak tahu apa mendatang,
tak tahu hala tuju,
hanya berbekalkan semangat,
inspirasi dan keinginan,
untuk keluarga dan diri sendiri.
Kini,
setelah semua di tempuhi,
perit getir suka gembira,
walaupon tak tahu hala tuju,
tetap menikmati setiap saat mendatang,
kerana ia tak mungkin kembali bertandang,
namun kekal di hati dan jiwa,
menjadi kenangan, menjadi pengajaran,
untuk masa mendatang.
Thursday, January 26, 2012
masih disini
sekian lama dilambung badai,
beribu ancaman mendatang,
beribu dugaan dirempuhi,
alhamdulillah,
masih disini.
ramai yang ingin mengotori,
ramai yang bermuka-muka,
walaupun sering di keji
walaupun sering di rendahkan,
namun masih menjadi diri sendiri,
masih disini.
aku tak pernah lupa diri,
tak pernah melupakan apa yang terjadi,
tak pernah berdendam dengan mereka,
kerna ku tau,
aku lebih baik dari mereka,
biarkan mereka dengan dunia mereka,
aku dengan dunia aku.
alhamdulillah, 2 tahun terasa bagaikan semalam.
sudah habis degree di Shah Alam,
lepas ini berkerjaya,
insyallah, amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)
