sekian terima kasih...
Tuesday, September 27, 2011
Tuesday, September 20, 2011
perjalanan
5 bulan lagi,
akan menjadi alumni,
setiap detik di hitung,
satu persatu air keringat mengalir,
menjadi yang terbaik dikalangan terbaik,
namun tak pernah alpa dalam percaturan,
tak pernah membelakangi prinsip diri,
tak pernah menambahkan manisan di mulut sendiri,
untuk menyenangkan orang lain yang meninggi,
perjalanan biar suci, jujur dan putih,
walaupun bernoda perjalanan ini,
langkah berani bagikan pewira.
Monday, September 12, 2011
kesedaran dan sedar diri
musim baru untuk pelajar IPT dan IPTS belajar sudah bermula, segalanya sibuk untuk ke class, dan ade jugak malas ke class, bukan ape, tunggu2 xade(kisah benar, bru tdi...)
al-kisah...
(semasa kat tesco tadi, terdengar perbualan sweet nie)
pelajar : ibu, ini susu yang ibu nak tue (susu anlene)
ibu : xpelah, nanti2 mak beli, belilah barang untuk kamu, bukan mak
pelajar : lah, xpe, adik baru dpat pt, beli ajelah, nanti kalau mak sakit2 sape nak tolong.
ibu : mahal nie (sambil membelek harga)
pelajar : xpe, nanti beli barang adik sikit jerlah,
ibu : yelah...
tersenyum. yes, i was smiling. sape kata pelajar ipt or ipts tau berbelanja sakan aja. ada sebahagian kita berkemampuan, ada juga sebaliknya. demi segulung ijazah, banyak cabaran perlu di tempuh dan kebanyakkannya berkisar tentang duit.
taklah berkata xboleh beli apa yang kita nak, tapi sebelum kita beli, fikirkan, adakah berbaloi kita membelinya?adakah stabil kewangan kita? iya bukan setakat hanya bergantung kepada duit ptptn atau mak bapak. tak kan nak dating pakai duit mak bapak kot bro....
p/s: rindu ibu dan ayah di kampung. selamat hari raya semua. maaf zahir dan batin :)
Monday, August 15, 2011
ramadhan dan pemergian
Salam ramadhan semua, di harap gembira di sisi keluarga. Ramadhan datang lagi, alhamdulillah, syukur, kerana kita masih bernyawa menemuinya. Isilah ramadhan yang mendatang dgn amalan, dan pengisian yang baik, moga segala amalan kita diberkati.
Ramadhan kali ini opah telah tiada, beliau sudah meninggal dunia, pergi menghadap illahi, Allah s.w.t. pemergian beliau selepas seminggu bertarung nyawa. Semua pasrah dan menerimanya dgn hati yang tenang dah terbuka. Ajal maut ditangan tuhan.
Semoga rohnya tenang dan di tempatkan disisi orang2 beriman.amin danAl-Fatihah.
Wednesday, July 20, 2011
rock the vote!
Assalamualaikum dah hello kawan.
ok , saya telah masuk 1 pertandingan
mencipta logo untuk RMT Malaysia.
APA ITU MRT?
design :




how to rock to vote:
looking for izzad
push vote button
anda, anda dan anda jua boleh masuk
competition nie!
Monday, July 11, 2011
berliku dan usaha
perjalananku berliku,
tak sama seperti kamu,
perlu berensot, bertatih dan merangkak,
bukan terus berlari laju.
usahaku keras,
sekeras egoku, sekeras niatku,
untuk berjaya semua perlu dilangkah,
tetapi melangkah masih beringat,
tak mahu menikam keras,
kerana aku masih aku,
walaupun diduga,
namun mengalah tak mungkin.
Friday, July 8, 2011
perpaduan dan kecelakaan
dulu,
perpaduan dilaungkan,
kemerdekaan dipinta,
kebebasan menjadi idaman,
agar senang hidup anak-anakku,
di masa depan yang mencabar.
kini,
perpaduan hanya tinggal kenangan,
kemerdekaan hanyalah pada nama,
kebebasan disekat, ditutup, dikotori,
demi apa?anak bangsa?negara suci?
atau hanya individu,
individu bertopengkan iblis.
Subscribe to:
Posts (Atom)
