Sunday, January 27, 2013

Berubah, kehidupan, duit dan nama

Berubah

Setiap detik, setiap saat dan setiap waktu pasti kita berubah. Sama ada kita sedar ataupun tidak, ia pasti akan berlaku. Secara tidak langsung sedikit sebanyak membuatkan kita lebih baik, atau sebaliknya.

Kehidupan

Kita hidup di dunia penuh dengan cabaran. Sama ada besar atau kecil, duka atau ceria, sedih atau gembira, ia pasti berlaku. Setiap cabaran dan dugaan di tempuh dengan jiwa yang cekal. Ya, ada kalanya cabaran atau dugaan yang menimpa diri ada kalanya perit dan sukar untuk di tempuh atau ditelan. Namun, hidup mesti di teruskan. Selagi di beri peluang untuk hidup, ia sudah cukup untuk kita meneruskan hidup, setiap nafas dan degupan jantung adalah rahmat dari yang Esa. Ucapan Syukur, Alhamdulillah kepadaNya kerna diberi peluang dan ruang. Bukan hanya terus memaki, mengkeji atau mengeluh.

Duit dan nama

Kalau boleh tak usahlah bertuhankan duit dan nama semata dalam hidup. Ya, benda-benda ini  penting dalam kelangsungan hidup. Tapi harus di ingat, kerana ini juga manusia alpa, lalai dan sesat. Kerana ini manusia tertindas, di sakiti dan bertelagah. Dan kerna inilah persekitaran menjadi tegang dan huru hara. Apasalahnya kita mencari keberkatan, mencari kesederhanaan dan keiklasan dalam jiwa dan perbuatan. Kerna itu sudah cukup untuk menjadikan kita lebih baik dan kaya di mata manusia dan lebih penting di mataNya.

Sunday, January 13, 2013

Sampai syurga



15 january,
tak pernah lupa mengucap selamat hari jadi,
berdoa agar semoga panjang umur dan murah rezeki,
peluk, salam dan cium.

15 january,
hanya air mata jadi peneman,
hanya memori berlingkar di minda,
hanya Al-Fatihah dan doa berbisik sayu,
jumpa di syurga,
InsyaAllah.

Thursday, August 16, 2012

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pejam celik celik dan pejam kita kini sudah menghampiri Syawal. Alhamdulillah, di beri kesempatan dan peluang pada tahun ini untuk menyambutnya. Saya menyusun 10 jari memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang tahun ini. Diharap agar tahun ini memberi 1001 kemaafan dan kesejahteraan bagi anda semua.



Selamat Hari Raya Aidilfitri :D


Friday, August 3, 2012

hati



Aku serahkan hati ini, 
kepada kau atas nama cinta,
berjanji terimaku seadanya,
berjanji menjaga dan melindunginya,
takkan menjaga dan melindunginya,
kau dan aku tersenyum, 
melayar gelora di lautan cinta.

Tapi,
itu hanya cerita semalam,
kau lukainya, kau sakitnya,
kau tikam, kau rentap, kau campak,
hati kecilku yang iklas mencintaimu.

sudahlah hati,
sudah tiba masanya kita berundur,
mencari hati yang iklas menerimamu,
seperti mana seiklas hatiku.

Saturday, July 28, 2012

puasa dan abah

assalamualaikum semua.

Tak salah jika saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua. Harap semua gembira dan berharap agar puasa kali ini lebih baik dari puasa sebelumnya. Amin

Akhir march, 27 March 2012, abah telah pergi dan tak kembali. Sepanjang january hinggalah march hospital menjadi teman, menemankan abah di hospital. Yes, it was very difficult time for our family, but lives goes on. Sepanjang di hospital tak pernah putus memohon yg terbaik, namun mungkin terbaik adalah abah meninggalkan kami. Ya, kami redho. Semoga abah di tempatkan bersama orang yang beriman. Amin.

Ramadhan yang pertama di sambut dengan seribu kesyukuran, namun jauh di sudut hati masih berharap agar ramadhan ini di sambut bersama abah. Niat di hati mahukan raya ini menjadi satu saat istimewa buat saya, mahukan raya ini boleh membeli-belah bersama abah, almaklumlah, sekian lama hidup, tak pernah membiarkan abah membeli-belah sesuka hati, bagaimana abah membiarkan anak-anaknya membeli-belah. Namun, mungkin tiada rezeki, membeli-belah sahaja dengan keluarga sahaja. Amin.

Akhir sekali, sayangilah keluarga anda, kita tak pasti bila kita akan kehilangan mereka. Mafaatkanlah setiap saat yang ada dengan keluarga.

Buat abah, Al- Fatihah. semoga ditempatkan bersama orng beriman. Rindu itu pasti dan masih menjaga janji yang di ucap sebelum di kebumikan.Insyaallah, tak akan dilupakan dan menjadi pegangan sepanjang hayat.


Saturday, June 2, 2012

Doa dari jauh



Tiada lagi ketawa berdekah,
tiada lagi perangai sengalmu,
yang kadang-kadang buatku rimas,
tapi aku tak marah,
kerna tu adalah dirimu.

kini aku sudah jauh,
di  harap kau tabahkan hatimu,
mengharungi liku-liku hidup,
kerna ku takut kau tersungkur,
terbenam di lubuk kegagalan,
aku takut, takut.

hanya doa yang ku beri,
tak mampu meleter atau bicara,
bukan mengalah, tapi terpaksa,
aku lepaskan kau berlayar,
namun aku tetap memerhati,
dan berdoa dari jauh.



"terapi penyembuh yang paling mujarab adalah 
persahabatan dan kasih sayang -bruce lee"


Sunday, May 13, 2012

hello

assalamualaikum..

berabad tak update blog nie. macam-macam berlaku ada yang baik dah ada yang tak baik, but hye, its life.

alhamdulillah setelah 2 tahun berenang irama dalam selat student akhirnya berjaya sampai ke persisiran pantai merdeka.eh

27 march 2012 kehilangan bapa tersayang, Baharuddin B. Abu Bakar.setelah 2-3 bulan bertarung nyawa,  akhirnya pergi meninggalkan keluarga buat selamanya.

15mei 2012 akan berkonvo, agak sedih apabila terkenang bapa tersayang tak sempat melihat anaknya berkonvo. konvo ini didedikasikan kepada ayah tercinta, mak, dah seluruh ahli keluarga. tak dilupakan kawan2 yang menolong secara langsung atau tak langsung.terima kasih




 pic konvo diploma

al-fatihah